Wednesday, December 31, 2008

Cuti, cuti

Kilang saya tutup seminggu lagi from 29Dec08-04Jan09. Jadi saya and geng budak kampung pun bercadang nak ke Singapura memandangkan tak pernah ke sana and sorang of my geng ada kat JB, sedang buat master di UTM.

Esok, saya and asma akan ke JB naik bus transnasional jam 4ptg dari pudu. Jadi cik ija, sila tunggu kedatangan kami ye. Ko doa-doa le supaya kitaorang berjaya turun kat seri putri tu and tak terlepas ke Larkin. hahahahaha. Poyo-poyos je kawan mike dua orang ni nak bercuti ke singapore. hik4.Mari kita bersesat-sesatan di singapore nanti. Tapikan, si asma siap ada singapore tourist punya buku tu. Berkobar beno minah tu. hehehehehehehe.

Oklah, saya akan berada di Jb sampai 4Jan. Jadi siapa-siapa yang nak mengedate gue sila book ye (padahal, xde sape kat sana melainkan ija~~saje kasi macam glamor). And sesiapa ada cadangan tempat-tempat yang best kat area JB ni sila la roger sama saya ye, sbb kami tak plan mmg sukasuki je aktivitinye..cheh

~~~cuti-cuti malaysia~~~

Tuesday, December 30, 2008

Penatnye

Phew!!Penat betul tadi, sebabnya balik dari Teluk Intan naik bus ke Klang. Boleh pulak la kat Klang ni ada terminal bus baru. And bukan dekat town Klang, tapi dekat Meru. Jadinya saya kena tukar dua bus sebelum sampai ke unisel. Penat tak usah cakap la, sbbnye Klang ni korang paham-paham ajelah. Dah le naik bus kecik(kata farah), di penuhi dengan warga asing yang sangat-sangat macam ni negara depakan. Macam-macam gaya mereka ni, namakan aje. Dewa, Peterpan dll semua ada. hahahahahaha. Seram je. dah le keadaannya sangat la sibuk dan menakutkan. Lepas ni, tak nak turun Klang lagi, baik turun kat Pudu ajela. Dah lepas tu kena naik bus g unisel pulak. Then menapak pulak masuk dalam pagar unisel. Lepas tu lapo KFC. Then trus p beli...hehhehhe

Wednesday, December 24, 2008

Cost-Reduction

I am damn-damn-damn hungry now! Lambatnyela air ni nak masak…Tak apela, while waiting for it, let me blog here.hehehehehe. Can’t wait to makan Maggie-Mee-Sedap-Goreng ni. This week dah berapa kali makan Maggie ni?! Well as, you all know I am in cost-saving-mode. Hehehehehe. So, makan best-best only on weekend je. And weekdays lunch sponsored by company, dinner je sdn bhd. Sometimes, just malas to go out and prefer to eat at home. But, kat rumah ni tak ada pape melainkan Maggie yang beraneka rasa-dan-perisa. Belasah ajelah. And one more thing, konun-kunun nak kurusla tats why la tak beli makanan before balik. Sekali, baru pukul 8, dah lapo?!hik-hik-hik.-kantoi!-

Oklah, time cost reduction ni bestnya kalau dapat barang free kan? Yeppie.. dapat company's diary and my boss baik hati kasi organizer yang superduper cool khas untuk IT team aje. Siap ada zip-zip lagi. hehehehe. There u go, save bajet beli diary. And the coolest thing about the diary is~~my name was stated there as a contact person for IT! Wah, feel macam VIP person pulak. ahahahahaha.
Still remember dulu, bila dapat TNB diary from Abg Uda, suka baca no phone dekat directory awal -awal tu. And berangan my name pun ada sama. And impian Tercapai. Yeepie!

I also get free tooth brush, tooth paste and mouth wash. Ni lepas tu buat scaling gigi dekat clinic Sharm under company punya budget kan. My company sponser RM100 for dental. So, semuanye adalah free. Save budget beli colgate bulan depan

As a youngest child in the family, I used to get second-hand stuff from my older sister. For me, as long as boleh guna and orang nak bagi. I ambil aje la. So, kak idah dengan baik hatinye, telah memberi saya spek baru, dia tak pakai pun lagi. Dia cakap tak best, and she already have new one. So, i just need to change the lens to mine. Save bajet! Memang nak tukar spek pun. And she "gave" me her lovely-antique swatch watch. hahahahah~ Maybe dia beli bosan tengok jam ni kot.Dari dia buang, baik la dia kasi adik dia yang comel ni. Yepiee! my watch semuanye dah habis bateri pun. Good-timing!

Dalam meng-cost-savingkan diri, saya terbeli juga sebuah handbag. hahahah~ ter-beli ok! Mula-mula rasa macam nak jual balik aje, because after I bought this bag, I found another one which is superb cun! And I oso terbeli that one. Hahahahahah.
Alhamdulillah, sesungguhnya aku bersyukur pada mu Ya-Allah.

Maksudnya: “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan padaku.”*

Saturday, December 20, 2008

Post for yatee

Hurm haritu cik yatee datang melawat saya kat sini. Tapi kejap sangat la dia lepak sini. Tak sempat nak meyembang dengan jayanye. Yatee ni kawan masa matrik dulu, minah mulut-kecik-cakap-banyak, kurus ehh..sangat kurus. jeles je tgok dia pakai seluar semua longgar,bukan macam saya ni.. seluar pun saiz 30 tak muat. hik-hik-hik-hik.
Yati ni memang banyak cakap, banyak la cerita yang dia ceriti kat saya. Dari kisah mamat poyos yang happen to be abg faci masa minggu 3M saya dulu. hahahahahah. Sharing gambar saya bertunang dulu, sebab dia tak dapat datang. Gelak-gelak semuala.
Ala..rindu ko la yatee. Dah le kena postin kat sarawak. Takpe, nanti i fly g sana eh. hehehehehe

Thursday, December 18, 2008

Wah lomantiknye..

Tuan dan Puan sudah lama kenal. Mereka satu sekolah.Lepastu, masing-masing bawa haluan masing-masing. Entah macamana jumpa balik. Then rapat kembali. Suka-sama-suka, tapi tak nak ngaku. Mereka semakin rapat.
Pada satu petang, tuan on da way ke kampungnya dan bertemu puan di Kuantan. Mereka seperti biasa saja, setelah selesai makan semua pizza. Tuan memberanikan dirinya mengeluarkan cincin dari poketnya dan berkata "sudikah awak menerima saya?" Puan kemerahan menahan malu.dan menerima cincin itu....-end-
Wah! Masa dengar cerita ni, macam tengah tgok cerita kat tv je...bestnye kalau macam tu kan. Dapat bunga kat opis ke. Dapat kad jiwang-jiwang ke.hihihihi...Oh!Romantiknya rasa.hahahahah~I wish i can turn back time :(...
Apa-apa pun, tahniah kepada kawan saya Tuang dan Nisa. Semoga segalanya berjalan lancar. Tak sangka ko ni lomantik orangnye Tuang oi. hehehehhe

Wednesday, December 17, 2008

Kurus kurus kurus...kempis..kempis..kempis..

Oh! saya mahu kurus-kurus-kurus!
Oh! saya mahu perut saya kempis-kempis-kempis!
Macam mana ni? Perlukan saya nak cuba ubat-ubat untuk kuruskan badan seperti Teh Orang Kampung, Dr Slim, Tummy Trim? Ke macam-macam product lain nak kuruskan badan ni..Badan saya telah naik dengan jayanye, perut telah memboroi dan membonchet dengan maju sekali..tapi berat badan maintain aje pulak.
Oh tolong tolong tolong... sape boleh tolong kasi saya slimm??? hahahha. Kalau boleh nak le kurus macam cheryl samad ke..wah! impian tak agak2 eh
hahahhahah~~

Sunday, December 14, 2008

Bestnye cuti!

I post this entry with my eyes separa lelap. I was forced by Farah to chat with her tonight. Hurmm, and right now she went to toilet, so maybe will take long. So, I start-la mengarang.
I had a long-nice-holiday this week at my kampungku-yang-permai. How fast time flies, 8 days rase macam 8 minit aje kat kampung. Oklah, maybe ramai yang cakap not much activities that we can do kat kampung kan. Huurrmmm.. for me, it is good to be back to my kampung.

Budak-budak sekarangni, ramai yang ingat kampung tu boringla, tak best la. And mereka memperlekehkan orang-orang kampung macam saya ni. Kami tahu, di kampung ada banyak nyamuk bila malam, panas masa siang:air-cond tak ada, rumah papan bergegar-gegar bila meloncat-loncat kat atas, internet tak ada, shopping complex pun tak ada, dan macam-macam lagi la. Tapi, semua itu bukan la perkara besar mana kan? Sape stuju angkat keyboard!

Especially to my anak sedara yang baru darjah-5, Syakeerah and Amirul, " kena ingat asal usul kita". Ayah and Mak awak tu asal dari mana? Di rumah ni la dorang membesar tau!including me! Jadi tak payah le nak belagak korang tu orang Bandar Shah Alam ke KL ke JB ke Ipoh ke mana-mana le. Asal kita still kampung. Susah betul nak tukar perception mind dorang ni. And Kak Yang yang geram juga have some debat-mulut with this two little kids!! Memang mereke kasi saya panas!! Harapnya anak-anak saya nanti tak malu la nak ngaku yang maknya dari kampung-ulu-ceruk.


Ops, macam dah terpesong je motif entry ni. Potong stim betul!! hehehe Sambung balik, jom tengok gambar aktiviti saya di Kampung.

Konun nak pergi pekan senyap-senyap. Sekali ni mamat 2 orang nampak, tak puas hati tak dapat ikut. Dorang kejar sampai simpang besar naik motor. Lawak la both my anak sedara yang berbadan besar. hahahhaha


Aktiviti WAJIB di rumah Haji Yazid ketika raya, ialah membuat lemang. Seisi keluarga turun ke dapur membantu, walaupun ade yang macam mengacau aje lebih dari membantu. hahahhaha

Mengasah bakat mengelim karipap. Saya buat yang cantik-cantik tu tau. Kak idah siap buat mata lalat lagi tu kelim karipap ni. hahahahhaha. Tengok la, macam-macam bentuk jadi, sbb ada 5 tangan yang membuatnya. hahahhaha



Bermain Carrom adalah acara yang di nanti. Saya boleh di kategorikan sebagai terel la jugak dalam permainan ini. Tengok tu adik yang pantang kalah, kalau kalah habis semua orang di pukulnye. Lawak la adik ni

Dan bermacam-macam lagi aktiviti yang tak sempat ambil gambar. Last but not least,saya masak!! Sbb saya orang last balik ke Shah Alam. Sempat la jugak masak lunch for my family. hehehehehe. Selalunye, kak itah ada dia yang masak. Sbb dia kan chef of da family, dia pergi Bandung jadi saya la yang masak untuk lunch tu b4 balik naik bus.




Saya telah memasak ikan goreng, ikan masin goreng, gulai acar ikan, ayam masak kicap-blackpaper. Yang lain-lain tu sampingan-sampingan ajela. First time masak gulai acar-ikan ini, and saya main campak-campak aje. Rasenye oklah jugak, cuma macam masam terlebih.Tapi Mak cakap, memang macam tu la rasa dia. Hahahahaha.saya tak berapa gemar gulai acar ni tapi bila disuruh masak, gue masak aje la. Yang ayam kicap tu best!! habis licin~~~. Masuk dapur pukul 1230 habis almost pukul 2, hahahaha punya lama saya masak dapat tu aje...ke improve lagi skill ni. hahahahah

Saturday, December 13, 2008

Zura's Wed




Selamat pengantin baru semuga berbahagia ke-anak cucu. heheheeh..

btw, cik opy: sila grab gambo-gambo di fotopages ye. Tapi tak upload semua..hehehehe

Friday, December 12, 2008

life-work-balancing

In order to achieve life-work-balancing before this year end, we go play bowling! So before long break that we have, kami se-department pergi bersukaria la dekat Summit.



We went to Mr Tempayaki (tak reti eja) right after play bowling(and please dont ask me about my score!! bikin-malu-saja!!)I dont have any experience eating Japung punya makanan, then i just simply order ajelah. Actually I don’t want to eat there, tapi yang lain dah sebulat suara. Layan~~tak nak la nanti jadi anti-social pulak.The food quite nice-la or maybe i just sangat craving to eat-eat-eat(penat tu main bowling),so apa-apa pun oso sodap hingga menjilat jari. See the last pic, our team's Ceti sedang kutip duit. heheheheheheh.

Thursday, December 11, 2008

Cuti yang panjang

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Kilang kasi cuti lama sangat kali ni, seminggu saya duduk kampung halaman yang tercinta ni. Tapi esok dah kena balik dah!! Sedey!

Tiket bas sudah pun di beli pagi tadi dekat stesen bus baru Teluk Intan. Saya pegi naik motor aje, best pulak bawa motor ni, lepas dah lama tak bawa. Tapi agak panas la jugak kalau berenti kat trafic light simpang empat tu, lama jugak la berentinya.Tapi best, sebab senang je nak parking. Ni yang ingat nak beli moto ajelah, kalau sambung study nanti, jimat bajet tu.---> berangan!
Oklah, untuk tidak meyusahkan sesiapa saya telah menyambil tiket ke Klang, sebab mula-mula ingat nak naik bus g KL tapi macam susah pulak nak pergi amik kereta kat unisel ni. Kawan yang nak disusahkan pun tetiba macam sombong and buat dono pula. Hurmm..tak payah harap orang le...sendiri punya hidup, sendiri tanggung la.huhuhu~~(adeh!pedasnye).. Jadi, turun Klang much more easier la kot, lepas tu kena naik bus lain pegi Unisel, Shah Alam. Harap-harap tak ramaila indon-indon and mat-mat bangla kat Kelang tu. Cuak jugak, sebab haritu kena kacau tanya jam pukul berapa oleh mamat indon yang dressing macam kumpulan amok. Sereemmm!hahahahaha.So after naik bus ke unisel,kena jalan kaki masuk pagar unisel, then amik yang Mr Red yang demam kat parking fakulti bio-info. Balik villa. Selesai sudah plan! Dok umah diam-diam. Duit tarak! Pokai!
Oklah, nanti saya update pasal my cuti cuti di kampung halaman..Doakan dipermudahkan segalanya untuk saya esok.