Tuesday, November 04, 2008

Majlisnya

Saya pulang ke kampung pada petang Jumaat. Sepatutnya keluar office pada jam 1230 sbb saya ambil half day pada hari tersebut. Tapi malang sungguh pada jam 1130, production ada issue. System yang baru di new version kan, mengalami masalah. Menyebabkan production tak boleh jalan! Oleh itu saya pun tak boleh pulang, end up dalam pukul 2 baru balik dengan tak sempat nak makan lunchnya. On da way back, kena ambil kak idah kat unisel, and singgah kedai dekat PAS sebab mak kata bakul tak cukup and nak tambah paperbag. Akhirnya, kami bertolak ke Teluk Intan dalam pukul 4 ptg dan sampai dalam pukul 6 ptg. Speed jugak la saya bawak, sbb kak itah kata Wan Alang dah sampai dari taiping.
Kemudian pulun buat reben dekat kotak-kotak yang baru sampai, sebab mak tempah kueh-kueh baru siap. Almost pukul 3pg baru siap semuanya. Wargghh..penat! And saya makan pada jam 11 malam sbb terlalu lapo dari pagi tadi tak makan ape ape. hehehehehehehe.
Phew! Akhirnya tibalah majlisnya. Pada 011108.
Pepagi lagi Abah and Alang dah angat-angkat meja nak susun. Thanks Alang, jangan lupa percent yang di nantikan. hahahahha.Khemah tu pula, selalunya masa orang kahwen aje di pasang.Terkejut jugak sbb pepagi saya dah tolong alang nak tegakkan khemah pink yang sangat cute itu..mungkin sbb, ajak orang ramai kot kalini sbb tula. Btw, kenduri ni sekali dengan dua anak sedara saya sunat cuti sekolah nanti. Jadi mungkin agak ramai jemputan dia.

Semua hantaran di gubah oleh me. Jap lagi kita tengok hasilnya. Tak adelah cantik, gaya orang kampung aje. Janji ada reben and bunga kire adelah serinya kan. hihihihihihi Sesiapa kot ada yang berkenan dengan design saya, nak tempah, boleh aje. hahahha-->perasan nak mampuihPerfume yang membuatkan saya pening ketika nak pilihnye haritu. Pusing-pusing punya pusing, nak yang ni jugak. Saya kenan dengan CK in2u ataupun euphoria. Cuba korang test, wow! wangi.hahahahaha
Ni kemeja yang saya cakap warna cokelat lawa, tapi tetap dipilih yang ni.

Buah-buahan yang pening nak kasi nampak berkilat dan fresh. Thanks to Wan Alang dengan petuanya. Belt dengan cermin mata hitam yang tak menyempat-nyempat,di try di kalayak ramai. Segan i~~tapi nasib baik smart..hihihihihi

Cokelat pulak disponser oleh kak are. Terima kasih daun keladi, nanti nak kawen boleh la awak sponser lagi :)


Ni pulak gula garam. Tak sure apa fungsi dia, mak cakap orang dulu-dulu buat macam ni. Jadi mak tempah dekat kak yam belakang rumah. First time tengok macam bawang putih daa. hahahahItu semua hantaran yang dok dalam bakul. Ni pulak hantaran makanan-makanan. Memang sangat banyak! Campur semua sekali ada 22 dulang. Selalunye kan no ganjil, tapi nak buat macam mana, genap pun tak kisah la. Dah hajat orang nak bagi, kita sampaikan ajelah. Mak pun tempah banyak sangat kek, halua, agar-agar telur masin, agar-agar manggis dan banyak lagi. Di tambah pula dengan jiran-jiran punya sumbangan, makcik Jenab halwa sirap. Opy kef dahlia pun ada menyumbang, cup cakes yang sangat sedap itu. Makcik-makcik, Wan alang kasi kueh strawberi, kueh karas dan banyak lagi kueh. Sepupu, Kak Nah pun ada kasi satu kueh. Wan Ngah pun ada bagi juga. Kak Long kasi kek Sarawak. Kak itah kasi kek cokelat +++. Terima kasih semuanya! Tak tahu nak balas macam mana.
Terima kasih kepada semua yang bersusah payah menjayakan majlis saya ni. Kepada Mak dan Abah, sangat terima kasih sangat-sangat sebab majlisni memang sangat best!Kak itah, Kak yang yang stay kat kampung, yang caiq telinga dengar bebelan mak, terima kasih jugak. Kak itah sebagai teraju utama, siyes terima kasih tak terhingga. Kak yang, yang jahitkan baju saya yang glamor itu siap dengan manik-manik lagi. Sangat cantik, dan ramai puji. Uwa yang tradisional. eheks. Kepada yeop, matnawir,kak r, kak uda, kak idah terima kasih atas bantuan kalian. Kepada abg uda, abang alang, zali,kak long,kak shikin terima kasih. Kepada anak-anak sedara, makcik makcik, sedara-sedara, jiran-jiran, kawan-kawan terima kasih. Terima kasih kepada semua! Tak lupa kepada rombongan makcik Dayat yang sudi datang.

Panjang gila dah post ni. Cukup la kot eh.

Btw, sekarang ni internet kat rumah slow amat sebabnye mencuri connection dari jiran tetangga.Jadi pepaham ajelah.Sukati dia aje nak meg-dc kan dirinya.hahahahahah

7 comments:

uswah said...

haaa! kemah pink tu mmg super cute!!! haha,.,padanla banyak sangat makanan, banyak sponsor rupenye! artis teluk intan la katekan! haha.. anyway, kek coklat tu super sedap! hantaran2 tu menjadikan family kite gemuk sekelip mata! (ceh padahal semulajadi!haha).. memang majlis tunang ni sangat meriah! sume org sangat happy for the superb hospitality! hehe,, Thanks a lot to ur family & org2 kampung!! korang semua mmg buat kitorang feel welcomed n hepi! hehe

tak sabar nak wedding korang jugak. silela lauk super sedap cam aritu jugak! hahaha.,makan tambah banyak kali woo

uwa said...

uswah,
hehehehe..Sama-sama.
btw, kemah cute tu parachute Alang. Dah turun temurun dah pasang khemah tu. Selalunye orang kawen, tapi sbb korang spesel, kitaorang tegakkan gak. Saya adalah orang yang pegang tiang itu di pagi hari.hahahahahha. tpi mmg cute kan?
Kek cekelat tu, xrase pun. Kak itah tempah khas untuk korang.heheheheh.

Kami buat yang termampu aje untuk majlis ni, biasalah gaya orang kampung macam ni la.Main hentam aje.hahahaha Maafla andai ada kekurangan dari pihak kami.

tu la pasal, ramai puji lauk sedap. Catering tu glamer jugak sini..nama dia WAHI.hahahaha

ish..panjang pulak reply komen ni.hahahhah

PanAdoL7e said...

so... dah jadi tunang la org la neh? tokleh la kami ajak mereonggeng lagi... c ya!

Haza said...

uwa tahniahhh.eee sonoknya tunang hihihi.tak lama lagi kawin pulak yer. ni bertunang jgn terover2 gaduh pulak. adatlah tu nak mendirikan masjid byk dugaan. ceewahh nasihat dr org yg berpengalaman :P
anyway congrats. bila kawinnya ni??

uwa said...

Panadol,
Ches sebelum ni pun ko bukan ajak kita. huk3

Haza,
Hahaha.ni dah asik perang-perangan sampai berparangan ni. hahahhahaha

emy syafinaz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

smg bahagia ke anak cucu cicit piyut puyut puyuh...tah aku bantai je ni...