Thursday, November 27, 2008

Nak! nak!

Sejak duamenjak ni macam rajin punya saya pegi meng-usya hanbag kat internet. Mungkin kerja kat office dah slow down sikit kot. hehehehe..Bukan apa, saja je nak tengok design-design yang kot bekenan, boleh cari kat kedai. Kunun.

Cantik tak yang ni?

Cantik tak yang ni?

Yang ni?



Ke yang ni?


Ke ni?

Hmm..Yang mana cun eh? Bestnya kalau dapat beli semua!! Btw, siapa yang ada kawan belajar kat UK or US sila bagitahu saya ya. Boleh le mintak tolong belikan handbag kat sana. Murah-murah lak tu. Kawan-kawan saya xde pulak. hmmm~~

Monday, November 24, 2008

Post untuk orang di Kampung





Tara~~~ Khas untuk ibunda terchenta. Setelah kami (uwa dan kak idah) berpusing-pusingan dia Nagoya PAS. Akhirnya, kami pun memilih langsir ni. Harap mak suka la. :) Orang kedai tu kata, boleh guna depan belakang, so tak kisah la nak pakai depan ke belakang, tu kombinasi warna dia la. Ala-ala cokelat gitu. heheheheh.

jadi, kak itah sila tujuk kan post ini kepada mak. Btw, semalam saya mimpi abah, abah sihat ke? wawawawa~~rindu kat abah pulak. hehehehehehe..

Sekadar bebelan

Hmm harini Isnin and saya cuti, duduk dekat rumah je. Buat pengetahuan semua kilang saya telah mula mengamalkan cost saving dengan jayanya. And our inventory is terlalu banyak and tak ramai nak beli. Our kilang is overloaded dengan inventory yang store pun dah tak muat. Ni semua sbb global economi yang melanda seluruh dunia sekarang ni. Most effected, US. And as known, US ni pemengang ekonomi dunia, jadi once dia jatuh. Semua pun terasa tempias dia. And me, working in US based company. Memang teruk jugak la terjejas.
Jadi, kami kerja 4 hari seminggu. Setiap Isnin cuti, ramai yang kata best sebab tak ada Monday-bluess kan. Tapi.. sebenarnya tak pun. Kami yang tak ada leave akan di beri advance leave. Maksudnya cuti saya tahun depan dah kena pakai la tahun ni. End up, saya tak ada leave sampai bulan 8 tahun depan. Hmm..kalau nak ambil cuti dalam masa ni, tolak salary le. Jadinye, dok pikir-pikir kalau cuti nak kahwin nanti,pening jugak kalau potong gaji seminggu. haahahahahahah.

Tapi pasal recession yang sedang melanda ni, agak pelik jugak bila TPM cakap malaysia ok. tak terjejas. Tapi sebenarnya kita terjejas, kita bukan sama macam Malaysia tahun 1997 tu dulu. Dulu kita ada banyak pertanian and tak macam sekarang ni, kita sangat sangat bergantung dengan industri global. Jadi global goyah, kita pun goyah. Seluruh dunia dah panic, dah tak kuar soping dsb. Tapi kat malaysia ni, macam tak rasa apa-apa pun. Mungkin tak semua industri effected, tapi manufacturing memang la sangat sangat terasa. This is the worst dalam sejarah. Kalau korang tak caya, p tgok harga share. Kilang saya tunggal $0.29 sen je! ONNN - dulu sampai $14 tapi sekrang $2.62. Jadi siapa ada duit cash banyak2, beli lah share sekarang. I can predict nanti korang kaya beb! hehehehe. Intel pun jatuh tersungkor!! Beli beli beli.
AIG dah declare bakrupt. General Motor tengah sesak napas. Banyak lagi la yang tunggu masa nak melingkup.

Kata pakar ekonomi, this situation wont get better in short term. Expected sampai Q2 next year. Worst come to worst end of 2009. And sangat di tekanankan don’t expect 2009 akan ada perubahan yang meningkat. Kalau ada pun sikit saja. But 2010, InsyaALLAH kembali normal.

Untuk kilang saya ni. Ada banyak yang dorang dah buat untuk kurangka kos. Dari perkara yang macam remeh temeh sampai la ke gaji :
1.Lampu di kurangkan 1 bal. Kalau korang tengok lampu selalunye kan pair kat atas opis korang tu. Ni dia dah cabut satu.
2.Print, tak boleh single page. Kena pakai double sided
3.Potong gaji 5% for senior level and above. Janganla dia turun sampai engineer pulak. Hish! Nagis den nanti!
4.Semua OT tak akan di bayar. Ko datang buat kerja free je la bagi exempt employee
5.Operator lak, dulu keje 40 jam dapat 20 jam OT. Sekarang keje 48 jam, baru dapat claim OT
6.Kerja 4 hari semiggu.Macam saya ni. hmmm
Emm.. banyak lagi la dah tak ingat dah. But so far gaji saya takdelah termiss. Alhamdulillah.
Oklah, saya doakan semoga economic kembali stabil. ~Amin.
Lagi satu,kalau ada sesiapa yang ada kerja 0 kat tempat dia yang ok tak ter-effect dengan global recession ni, bagitau la saya. Saya nak apply.
And apakah pandangan korang if, tukar profession jadi RA dengan gaji 1.4k sebulan? erkkss.. sound kurang half dari current gaji. sanggup ke? wargghhh~~~~~~~~~ nightmare nightmare! hahahhaa~ but... ada kebaikan dia kan? well, still mendacing ni.poning!

Tuesday, November 18, 2008

Yeay!

Setelah sekian lama saya inginkan jeans baru. Setelah, berpuluh-puluh post kata nak jeans baru tapi baru last Saturday beli. Akhirnya! Taraaa~~jeans baru!

Kemudian, saya pun jalan-jalan di Metrojaya Branded Sale. Akibat kebankrupt-pan saya hanya mampu membeli perfume berharga rm20 je. Kata promoter tu, normal price dia rm99, ha! blasah le, sbbnye saya punya perfume memang dah nak habis sangat.Beli masa pergi langkawi last year. Hmm, tak kisahla murah pun, janji wangi and boleh tahan lama gak la bau dia.hahahaa. Tapi saya memang dah semulajadi wangi tau.hahahahaha.

Kemudian saya rasa nak list barang yang ingin beli selepas ini, jadi sasape yang nak sponser amat dialu-alukan :

  1. Handbag -->dah lama sangat rasanya pergi meng-usya. tapi tak ada pulak yang bekenan. Yela, asik dok berkenan dengan bag yang gedabak beso je. Siap orang kata macam makcikla, bawak laptop la, bawak susu anak la.hik3 HaiyOOoo..dah saya suka bag beso, sukatila! lu orang apa kisah. ~~eh emo pulak.hik3
  2. Selipa jepun --> Masa raya haritu ada beli selipa asadi (sama dengan kak itah), tapi pakai tak berapa sedap pulak.Jadi macam nak p cari yang lain.
  3. Tali pinggang --> Ni sebab tali pinggang yang beli kat Jalan TAR dengan kak idah, kena tipu haritu dah nak putus. Boleh pulak rege dia rm10, tapi dekat kedai depan dia rege rm10, tapi dapat 2 tali pinggang! tensen saja!!!
  4. Cermin mata --> Rasanaya, mungkin mata saya ni dah makin teruk, jadi kenala tambah powernya. Tapi nanti-nanti la. hahahahahah
  5. Digi cam --> Hmm nak beli baru! Sebab yang lama tu amat bulky and sangat lambat processornye. Lepas tangkap satu gambar, lama gila kena tunggu kalau nak amik gambar seterusnya.

Wah, banyaknya list saya ni? bila la agaknya dapat tercapai eh? Korang doakn gue murah rezeki eh.

As requested, house-mate ku nak enterprame jugak dalam blog ni.Dorang telah mengajak saya berkaraoke di red-box. hahahahaha. Oh, sesungguhnya saya amat first-timer. Sakitnye tekak! Memperkenalkan gadis-gadis cun vila no 58 : maz, mai, yam, ell, ros .Wah Glamor u all dalam blog ni. Ape lagi jangan lupa belanja Mc D eh! saya mahu i like to move-it move-it punya set. large tau!!

pengumuman : saya dah update gambo dekat fotopages, sorilah kalau haritu korang usya sana takde lagi gambonya. hehehehhe~terima kasih~

Wednesday, November 12, 2008

Suzi's Wed 081108

Selamat pengantin baru kepada kawan kitarang cik Suzi dengan husbenye Amri .
Btw, saya dengan jayanya bertolak dari Shah Alam pukul 1130 and singgah di Senawang nak ambil Mai dengan Dilla. Lepas tu terus driving Mr Red ke Melaka. wuuuhuuuuuuuuu, sampai sana dalam lebih kurang pukul 2. Lepas makan-makan and sembang-sembang, kami pun ambil la gambo.Chess, bukan main susah nak ambil gambar dengan pengantin ni. Sabo ajelah, nasib baik ko pengantin haritu suzi ooii.hahahahaha
Kami pulang dalam pukul 4 kot, and aktiviti sepanjang perjalanan adalah *tut* *tut* hahahaha. Oklah, selamat Pengantin Baru, sehingga kekal ke akhir hayat kepada suzi dan amri.

Tuesday, November 11, 2008

Majlis+

Di sebabkan ramai yang kata post yang lalu dipenuhi dengan gambar kotak-kotak berbanding muka orang, jadi saya update la sikit pasal majlis ni. Saya siap pakai baju pada pukul 10+. Lepas tu dok pening siapa nak tolong make-upkan. Kak uda mengofferkan set lancomenye untuk di pinjam. Sebab saya ni manalah ada alat-alat make-up kan. Lepastu cik opy, kef and dahlia sampai. Tak pasal-pasal, cik dahlia menjadi tukang makeup saya. Kalau solek sendiri sure jadi bapOOk punya!hahahahah. And cik opy juru runding tudung..Sorilah gambo sedang make-up tak leh disiarkan. Tapi, gambo tukang make up memang takde hal.
Tu dia cik dahlia dan cik opy. hehehehehe. Thanks ye Dahlia, tetiba je ko kena paksa makeupkan saya yang tak cun. Dan menyelamatkan saya dari jadi bapok.hahahahha
Ni pulak time ni tengah cuak-cuak, rombongan tak sampai-sampai lagi. Time ni dah pukul 1130 kot. Mak dah bising-bising suruh tanya dorang ade kat mana.hehehehehe

Rombongan pun sampi la tak berapa lama kemudia. Menuju masuk ke halaman rumah saya. Sorrylah, paking jauh eh? Sesi perbincangan pun bermula. Masani saya dok dalam bilik sepatah pun tak kedengaran.Di tambah pula dengan kawan2 yang membuat lawak di dalam bilik tersebut. Lagilah saya tak dengar.
Sesi sarung cincin pulak. Ada 2 cincin satu cincin merisik and satu untuk bertunang. Kemudian adalah sesi bergambar. Jadi silalah tengok gambar ya.

Gambar nak tanyang cincing la konon. hahahha--> bajet cun!



Oklah, kalau nak tengok lagi banyak gambar. Visit la my fotopages :)

Apa-apa pun. Terima Kasih semua!

Tuesday, November 04, 2008

Majlisnya

Saya pulang ke kampung pada petang Jumaat. Sepatutnya keluar office pada jam 1230 sbb saya ambil half day pada hari tersebut. Tapi malang sungguh pada jam 1130, production ada issue. System yang baru di new version kan, mengalami masalah. Menyebabkan production tak boleh jalan! Oleh itu saya pun tak boleh pulang, end up dalam pukul 2 baru balik dengan tak sempat nak makan lunchnya. On da way back, kena ambil kak idah kat unisel, and singgah kedai dekat PAS sebab mak kata bakul tak cukup and nak tambah paperbag. Akhirnya, kami bertolak ke Teluk Intan dalam pukul 4 ptg dan sampai dalam pukul 6 ptg. Speed jugak la saya bawak, sbb kak itah kata Wan Alang dah sampai dari taiping.
Kemudian pulun buat reben dekat kotak-kotak yang baru sampai, sebab mak tempah kueh-kueh baru siap. Almost pukul 3pg baru siap semuanya. Wargghh..penat! And saya makan pada jam 11 malam sbb terlalu lapo dari pagi tadi tak makan ape ape. hehehehehehehe.
Phew! Akhirnya tibalah majlisnya. Pada 011108.
Pepagi lagi Abah and Alang dah angat-angkat meja nak susun. Thanks Alang, jangan lupa percent yang di nantikan. hahahahha.Khemah tu pula, selalunya masa orang kahwen aje di pasang.Terkejut jugak sbb pepagi saya dah tolong alang nak tegakkan khemah pink yang sangat cute itu..mungkin sbb, ajak orang ramai kot kalini sbb tula. Btw, kenduri ni sekali dengan dua anak sedara saya sunat cuti sekolah nanti. Jadi mungkin agak ramai jemputan dia.

Semua hantaran di gubah oleh me. Jap lagi kita tengok hasilnya. Tak adelah cantik, gaya orang kampung aje. Janji ada reben and bunga kire adelah serinya kan. hihihihihihi Sesiapa kot ada yang berkenan dengan design saya, nak tempah, boleh aje. hahahha-->perasan nak mampuihPerfume yang membuatkan saya pening ketika nak pilihnye haritu. Pusing-pusing punya pusing, nak yang ni jugak. Saya kenan dengan CK in2u ataupun euphoria. Cuba korang test, wow! wangi.hahahahaha
Ni kemeja yang saya cakap warna cokelat lawa, tapi tetap dipilih yang ni.

Buah-buahan yang pening nak kasi nampak berkilat dan fresh. Thanks to Wan Alang dengan petuanya. Belt dengan cermin mata hitam yang tak menyempat-nyempat,di try di kalayak ramai. Segan i~~tapi nasib baik smart..hihihihihi

Cokelat pulak disponser oleh kak are. Terima kasih daun keladi, nanti nak kawen boleh la awak sponser lagi :)


Ni pulak gula garam. Tak sure apa fungsi dia, mak cakap orang dulu-dulu buat macam ni. Jadi mak tempah dekat kak yam belakang rumah. First time tengok macam bawang putih daa. hahahahItu semua hantaran yang dok dalam bakul. Ni pulak hantaran makanan-makanan. Memang sangat banyak! Campur semua sekali ada 22 dulang. Selalunye kan no ganjil, tapi nak buat macam mana, genap pun tak kisah la. Dah hajat orang nak bagi, kita sampaikan ajelah. Mak pun tempah banyak sangat kek, halua, agar-agar telur masin, agar-agar manggis dan banyak lagi. Di tambah pula dengan jiran-jiran punya sumbangan, makcik Jenab halwa sirap. Opy kef dahlia pun ada menyumbang, cup cakes yang sangat sedap itu. Makcik-makcik, Wan alang kasi kueh strawberi, kueh karas dan banyak lagi kueh. Sepupu, Kak Nah pun ada kasi satu kueh. Wan Ngah pun ada bagi juga. Kak Long kasi kek Sarawak. Kak itah kasi kek cokelat +++. Terima kasih semuanya! Tak tahu nak balas macam mana.
Terima kasih kepada semua yang bersusah payah menjayakan majlis saya ni. Kepada Mak dan Abah, sangat terima kasih sangat-sangat sebab majlisni memang sangat best!Kak itah, Kak yang yang stay kat kampung, yang caiq telinga dengar bebelan mak, terima kasih jugak. Kak itah sebagai teraju utama, siyes terima kasih tak terhingga. Kak yang, yang jahitkan baju saya yang glamor itu siap dengan manik-manik lagi. Sangat cantik, dan ramai puji. Uwa yang tradisional. eheks. Kepada yeop, matnawir,kak r, kak uda, kak idah terima kasih atas bantuan kalian. Kepada abg uda, abang alang, zali,kak long,kak shikin terima kasih. Kepada anak-anak sedara, makcik makcik, sedara-sedara, jiran-jiran, kawan-kawan terima kasih. Terima kasih kepada semua! Tak lupa kepada rombongan makcik Dayat yang sudi datang.

Panjang gila dah post ni. Cukup la kot eh.

Btw, sekarang ni internet kat rumah slow amat sebabnye mencuri connection dari jiran tetangga.Jadi pepaham ajelah.Sukati dia aje nak meg-dc kan dirinya.hahahahahah