Wednesday, October 15, 2008

Raya

Kita masih lagi dalam mood RAYA kan? As ramai orang cakap, puasa sebulan,jadi raya pun sebulan jugak la. Tapi kepada yang tak puasa sebulan tu macam mana ek. Eeerrkk...?
Planned nak balik sehari sebelum raya. Tapi, tak jadi.Saya balik 2 hari sebelum raya.Yelah, kalau balik lewat-lewat, siapa nak buat lemang? konun sangat penting la.hehehehe.Masa balik ke kampung segalanya smooth saja. Tak ada jem pun. And mr Red yang demam pun ok aje sampai teluk intan. Masa perjalanan balik, keta i open air gitu. Air condnya rosak. But, abah dengan baik hati tolong bawa ke kedai and repair. Thanks Abah.

Ni yang saya buat. Tak tahula nak kata golongan biskut ke apa. Senang sangat buatnya. Tak payah ada sukatan-sukatan pun. Lepas tu, laku habis kueh ni. Raya kedua dah licin. Siap kena request buat lagi tu. Tapi, sorilah shayir and syafiq. Wansu tak sempat buat. heheheheheh. Tunggu raya haji wansu buat lagi. ok? Jom cerita part nak buat lemang pulak.Time-time macam ni sure teringat arwah opah. Dulu selalu opah yang masukkan daun dalam buluh lemang ni. Saya hanya duduk tepi and kadang-kadang menyebok nak cuba. Skill opah memang tak ada tandingan. Sekejap je kalau dia buat. Mak pulak memang surender, katanya dia tak ada seni macam opah. Alhamdullillah, tahun ni saya dan kak yang yang masukkan daun dalam buluh. Mak ambil tender masukkan pulut dalam buluh. Kak itah and kak idah dok pulun potong daging and awas-awas nak buat rendang. Abang alang pulak, tender jaga api lemang. Keluarga kami buat lemang rebus aje. Ada yang cakap tak ori, tapi dah memang tradisi kami begitu. Jadi, jangan persoalkan.

Raya tahun ni tak ramai balik. Jadi agak lengang jugak la rumah.Tapi masih meriah! Budak-budak pun tak ramai yang datang. Tapi kalau rombongan surau lepas solat raya tu, memang tak payah cakap la. 5 hidang dah kompem-kompem.Al-maklumla rumah sebelah surau, and rumah pertama rombongan singgah.


Kalau nak ambil gambar family memangla aktiviti paling susah masa hari raya ni. Yang rajin nak suruh ambil gambo adalah saya. Hahahahaha. Sebabnya abah balik dari rombongan beraya keliling kampung dalam pukul 12 tgh. So, ramai budak-budak dak tuka baju and ntah kemana ntah.

Ni ajelah gambar family masa raya tahun ni. Tak berapa ramai. Tapi tahun depan kompem roboh rumah!hahahahahah
Ni baju seragam budak-budak tahun ni. Tema warna merah/meron. Tahun lepas wansu bagi warna biru kan? Di sebabkan tahun lepas dah sponsor baju untuk anak-anak sedara, jadi tahun ni kenalah sponsor jugak. Mak-mak dorang pun dok tanya-tanya. Tahun ni tak da baju seragam ke? hehehehehehhe.Doakan la wansu murah rezeki eh. Boleh beli yang mahal sikit. Ni takat longgok-longgok aje. Tak kesah la kan?janji ikhlas.

Ni pulak masa on da way back to shah alam. Jalan agak jem, lepastu hujan dengan sangat lebat. Ramai sangat yang berhenti kat tepi, pakai lampu kecemasan. And selamat sampai ke rumah di kala senja

Sekian kisah raya saya.Selamat Hari Raya.Maaf Zahir dan Batin

:::gambar raya boleh tengok dekat fotopages saya:::

4 comments:

PanAdoL7e said...

Nak duet raya gak! eh nak tanya.. on semiconductor tu bagus ker?

uwa said...

Chet!Ko gaji berkoyan koyan nak mintak duit raya kunun.
On? bagus je. kenapa? ko dapat sana ke? best beb!

suweb said...

Pose penuh ke? nganganga... ceh sekarang ON la yang paling bes eh? Hahahaha!

uwa:suweb said...

Penuh tak penuh, lain kira.Janji raya! hahahahahahah

Lor, kita kena kasi motibasi kepada orang, kalau pasal kerja ni. ahaks