Saturday, September 06, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. Mungkin agak lambat saya mengucapkannya mamandangkan harini dah hari ke-6 kita berpuasa. So, amacam puasa? ok? tarak ok? harap-harap semuanya oklah. Sayani baru puasa ke-4 dah mula tak sedap badan. Masa dekat pejabat, mata dah mula rasa panas. Tekak dah mula gatal-gatal. Rasa macam nak minum air panas, tapi puasa. hahahahahahaha..Allah memang sedang menguji ni. Saya bersabar ajela. Lepas habis kerja, boleh bungkus lauk-pauk and apa2 saja dekat cafe dengan harga RM4, lebih, sendiri bayar le. Puasa ke5 memang rasa badan lemah sangat. Tapi nak pergi opis jugak sebab kerja melambak-lambak tak siap lagi ni. Dalam pukul 10 pagi, saya dah tak tertahan lagi. Memang dah tak boleh control, rasa pening sangat. Mata dah berair-air, batuk makin kuat. Selesema dah datang. Saya mintak izin boss nak balik awal sebb tak larat lagi. Then terus p clinic, dan saya dapat MC. Doktor suruh buka puasa aje sbb nak makan ubat, tapi saya rase macam sayang aje nak buka sbn dah pukul 10++. Rasenye kalau balik rumah rehat-rehat. Ok kot.Lepas tu, di tambah dengan housemate2 yang kesian tgok saya berbungkus dalam selimut pun suruh saya buka.Tapi saya degil, tak nak jugak..hehehhehe... Alhamdullillah, saya berjaya! Selamat sehari puasa saya. And harini, macam batuk-batuk jugak. Tapi takpe..ok aje.

No comments: