Sunday, August 31, 2008

Merdeka kah?

Hmm..Rase macam tak ada pape pun Merdeka ni. Tahun-tahun lepas ada jugak semangat nak sambut merdeka ni. Tahun ni, sangat sibuk! 31 ogos 2008 saya kerja. 1 Sept pun saya kerja jugak. Tak merasa pun cuti yang untuk menyambut hari MALAYSIA ku bertuah ni.

Apa-apa pun, SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA! Biar apa pun keadaan yang melanda Malaysia, tak kiralah siapa yang memerintah. Biarlah Malaysia berkembang megah. Sama-samalah kita mempertahan kan Malaysia, walaupun berlainan personal. MALAYSIA BOLEH!!!

Thursday, August 28, 2008

Umrah kali ke -3

Parents saya pergi umrah buat kali ke-3. Kali ni pergi dengan my sis, Kak Idah. Mak dah 3kali pergi Haji pun. Bila saya nak pergi lagi ni? Mak, sponser boleh? heehehehehehe.oklah selamat tengok gambar. Btw, ada kejadian yang lawak jugak berlaku pada tersebut Saya dengan eksennye telah pun mengambil EL(emergency leave). Paagi, dalam jam 745pg, saya sms my bos tellin that i could not come to work sbb need to sent my parants to klia sbb flight delay. Dalam pukul 11 mcm tu, my boss sms me. Saying that"mariam, could u come on second half? we need ur help on recovery" amik ko! xtak pasal kena balik opis pulak nanti. Tapi flight mak, mmg delay pun. Masin alasan saya! sampai pukul 9 malam lak tu! dari asalnye pukul 4ptg. Punya lama tunggu kat klia tu. hehehehehheeh...Kesimpulannya, saya tak pegi opis pun lepas tu. Walaupun boss saya msg lagi, tanya boleh datang ke tidak. Selambe saya cakap, sorry, i could not make it....To bad...padan muke korang!


Tuesday, August 26, 2008

Angah's Birthday

Happy Birthday Angah! Belajar elok-elok. Hari ahad Yeop buat makan-makan untuk adik beradik sempena birthday angah yang ke-13. Majlis mula pukul 2, tapi saya kena kerja sampai pukul 3. Infact, saya terpaksa stay sampai pukul 4. Sorrylah Angah eh, wansu sampai paling lewat. Dah bape kali dak2 ni tepon tanya bila nak sampai eh. Sampai sampai aje, tinggal laksa aje. Saya dah le lapo bangat, dua mangkuk saya bantai bersama cili padi yang banyak gile. Memang yang lain semua dah habis. Cake, mmg angah dah sound awal-awal cakap cake dah habis. Chissss!!huhuhuhuhu.. Lepas habis makan-makan, Kak idah nak ajak pergi Sunway Pyramid sbb nak hantar laptop dia rosak. Jadi, kenalah solat Asar dulu. Rumah Yeop ni ada surau, jadi saya pun p la solat kat surau tu. Lope(abang angah) dan angah ada sama. Saya pun suruh la si Abang(Lope) jadi Imam. Lawaks bangat deh! Dah le poning-poning nak susun sejadah. Lepas tu, si Angah asyik gelak tak sudah!hahahahahahha. Memula si Lope ni tak nak jugak jadi Imam, tapi wansu dia kata dia dah besola. Oklah, Lope pun semangat nak jadi imam. Si Angah pun qamat la. Lope baru je angkat takbir, si Angah gelak gelak tak hengat punya! Tak pasal pak imam ilang konsentrasi lantas tergelak sama. Apada korang. At last, kitaorng solat asing asing. Tapi apepun..LOPE cayalah! Gaya nak jadi imam tu dah ade dah. Lain kali le ko imam eh.hahahhahahahha. Enjoy more pic at my fotopages.

Sunday, August 24, 2008

Exam lagi

Semalam pergi peperiksaan untuk memasuki pegawai Gred 41. Entah dah berapa kali periksa entah. Tak pernahnya lepas..Oklah, soalan sangat susah dan boring. Saya juga tidak study, jadi jawab pun macam suka suki hati aje. Setiap habis paper ajae akan sms opy. And dia akan reply something yang lawak...buat me tersenyum and tergelak sorang2. Miss u opy cenget! Btw, i enjoy amik ambil gamba masa exam sedang di jalankan.hehehehe. Rindu sekolah la, dah lama sangat tak tengok papan puth..and keadaan kelas.huhuhuhu..enjoy my pic..hahahahahah...



Wednesday, August 20, 2008

Kerja Non Stop!

Sekarang ni baru je 4 bulan saya kat sini, but dah mula rase macam nak quit pulak. Kerja terlalu banyak kat sini sampai saya kena pulang lewat-lewat malam. Tak ada cuti pun masa weekend. Minggu lepas saya kerja 7 hari tu! Penat tak usah cakap la. Setiap hari balik koman-koman pukul 8-9, padahal ofice hour sampai pukul 5ptg aje. Hmmm..kalau ikutkan memangla malas gila nak p. Tapi, nak buat macam mana kan. Dah tanggungjawab kot.
Oklah, saya juga merasakan kerugian yang amat sangat pada tahun ni. Oleh kerana kesibukan saya dengan kerja-kerja opis...saya telah termiSS malam nisfu Sya'aban tahun ni! Kesalnye rasa!! Selalu every year sure buat, melainkan memang tak leh. If tak pergi surau or masjid, buat sendiri kat rumah. Tapi tahun ni..hmmmm memang saya terlupa lansung! Selalu mak or abah ingat kan saya..tapi tahun ni, mak sibuk balik dari rumah kak uda kot. Jadi dia terlupa nak peringat kat anak-anak dia. huk4..sedeynye!!
Oleh sebab kesibukan kerja saya ini juga saya tidak sempat nak p ECAH kahwin! My housemate masa kat senawang dulu. Punyalah dah plan dari dolu-dolu. Alih-alih tak berjaya p jugak. Tak dapat nak tengok dengan realnye baju sanding ecah yang kale biru. Bakul bunga telur yang Ecah hangat-hangat ta*k ayam buat. Tapi ija ada jugak mms gambo dorang. Kira oklah jugak.
Dan di sebabkan ini juga saya tak dapat nak p Su konvo. Huwa~~~. Dah le kunvo ni sekali je kan for degree, lain la kalau dia nak amik degree kos lain pulak. Nak buat macam mana, keadaan amat critical. And saya pun macam xda function pun kalau p. Just sharing the moments aje la kan. Tu la, sapa suruh jual-jual mahal tak nak suh saya datang. Kan memang tak datang.hahahahah. Ni pun dapat mms jugak masa dia kuar dewan kot.
Fakta-kata berikut menyebabkan saya menjadi tidak happy kerja di sini! Lepastu, saya dapat interview dekat KUSTEM untuk FELO Pendidikan. Hmmm...nak pergi ke? Sila vote boleh tak? Tak leh buat keputusan la. Terengganu tu, macam jauh. Tapi dorang akan sponser master and nanti kerja kat KUSTEM la. aicheh, cakap macam dah dapat offer, padahal baru nak p interview ek? hahahha
Dan, hujung minggu ni ada exam PTD pulak. Harap-harap berjaya lepas la ke pringkat interview! dah penat dah p exams ni. Asik tak lepas je. Lepas tu harap, this week tak kerja on weekend! And boleh rehat-rehat and p jalan-jalan ke, p dating ke, p soping ke. hahahahhahaha

Sunday, August 17, 2008

Makan lagi

it's been very long time did not eat steambot. Last was in Seremban, at Kedai Ah ming? Can t actually remember the kedai name..but, it looks like Chinese Restaurant.

Went with Diana, and it was totally nyumNYumNyum! We eat eat eat eat sampai perut dia bunchet tak leh cover lagi.hahahahahahahah.. Thanks to Diana who recommended this restaurant. And also, kesabaran anda menunggu saya balik kerja jam 8mlm...hehehhehehe

Thursday, August 14, 2008

Reunion and Wedding

leha dan azlan

Leha dah kahwin! Sorang-sorang kawan dah keluar list dah tukar status...but, im still in da list lagi. Dah nama dok kat hujung list pulak tu. Tarih Leha nikah 080808! majlis 090808. Saya excited jugak nak pergi wed ni,tapi yang paling excited ialah Pa'e.Hahahahahaha. Dari awal dia dah cakap nak p. Saya ni susah sikit nak kasi kompomesen sbb kerja melambak-lambak. Lepas saya kompen with Pa'e at 11pm. Kami pun bertolak pada pukul 9pg dari Shah Alam ke Hutan Melintang. Sampai dalam pukul 1230, tapi kami singgah di Sabak Bernam sbb nak beli hadian. Poning jugak la mencari hadiah ni.
Sampai je, nampak yoi and dilla melambai-lambai.Wah...lamanye xjumpa diaorang ni!Ape lagi, aksi gossip menggosip dimulakanle. Bila geng CONVENT ni bertemu. Tambah tambah si Yoi tu, selambe je dia buat lawak malampau..mangkok la korang ni! hahahhahaha. Lepas tu, Enjoy gossiping dengan faridah, lida, azwa dll cikgu Mariah pun ade jugak.Kemudian sesi amik gamba. Dorang ni ramai je yang bawak camera, tapi Pa'e punya hang pulak tetiba. Lida punya yang slim aka canggih tu batteri habis pulak. Terpaksa la my coolpix yang sentiasa cool menjadi camera and me as the camera women. Kesian, muke ku tak banyak dalam pic. Tapi tak apalah, saya enjoy je amik gambo model model ni.Enjoy gambar-gambar lain dekat my fotopages.

Wednesday, August 13, 2008

Workaholic?

Am i a workaholic?
Semalam, i have been working from 8am-1130pm. Penat otak, pinggang,mata. Segalan-sagalanye la. First time kena stay back sampai begitu lewat. enjoy those pic. Malas nak taip.

Boss belanje mCDonal. chiken mc dulux!

Monday, August 11, 2008

Akhirnya

Akhirnya saya telah membeli telefon bimbit baru.Tapi cuba korang tgok keadaan handphone saya ni. Kesian tak?

video

Akhirnya saya membeli hp baru dengan RM799, Original set dengan 1G memory. Tara...! Amacam cool tak? Walaupun bersusah payah saya ke metro point kajang untuk ke Hp fair. Dah le tersilap pulak tu, boleh dorang buat nama nak dekat sama! hampeh betoi! Dulu masa zaman UKM, Metro Point ni takde pun lagi. Sesat-sesat i tau.






Wednesday, August 06, 2008

Kembali Berkhidmat


MR Red dah kembali berkhidmat untuk saya. Baru ambil je dari bengkel Ah lim semalam. Masa nak bawa Mr Red balik rumah agak cuak jugak. Sebab dah sebulan dah tak driving. heheheheh. Side mirror pun dah tak reti nak adjustla, stereng rase berat la. Macam-macam perasaan la.Tapi nak buat camno, sape nak bawa kalau bukan saya kan? I wish ade orang tolong bawa, and me bersenang lenang je dok kat tepi/belakang, jadi mem beso, mimpi la uwa oi!
Pergi lepas balik kerja, kak idah yang teman. Kena belanja bege king pulak tu sebelum pergi ke bengkel tu.hahahahahaha. Tak kesahla, janji dapat tengok Mr Red. Dah almost sebulan dah tak jumpa mr Red ni. Rindu sangat rasenye!
Mr Red pun bergaya dengan road tax barunya! I just renew road tax and insurance. Setelah mendapat maklumat dari pelbagai sumber tentang cara nak meng-renewkan, saya berjaya renew dengan jayanya! Thanks to Su, sebab teman bawa pergi bank.. and Kak Itah sebab tolong ambil road tax kat teluk intan.
Doakan keselamatan saya ketika memandu ya. Tak nak kejadian berulang kembali. aisheh!

Saturday, August 02, 2008

Nama saya?

Setelah almost beberapa bulan baru dapat tag nama dekat cubicle. Saya pun tak sedar bila naik nama ni. Tup tup dah ada aje.hahahahhahhahahah