Friday, July 25, 2008

Impian

Amacam smart tak? Mempunyai impian untuk memiliki handphone ni...tapi, bajetnye ngak ada sih. Ada orang kata nak belanja, tapi tak jadi pulak. Ches, taik idung masin betul la..hahahaha
So, kepada anak-anak sedaraku, tolong la check it out harga hp ni for wansumu yang comey ini.hahhahaha

Wednesday, July 23, 2008

10 reason why u should go back at 5

Correction di situ eh, not 6 pm but 5 pm..hehehe and my working hour is 8am-5pm


Sunday, July 20, 2008

Makan

Saya tak tahu ada tradisi kat sini ke apa. Tapi dah orang nak belanja, saya ikut aje. hahahaha. We having our dinner at TGI Friday at Sunway Pyramid on last Tuesday. Because Mr Red still in make-up process, saya tumpang Farida dan bersama Kak Tinee.



Tak reti nak order, sebab ni Second time. So, i ate this. Muak jugak, sbb chess dia terlampau banyak

Sebelum balik, take a group photo kejap. Nampak ke muka saya ni?

Wednesday, July 16, 2008

Lawak

Macam mana saya boleh tak perasan pakai stokin sebelah lain sebelah lain ni? Nasib baik orang tak nampak..Bikin malu saja. Nasib baik pakai kasut tertutup. hahahahha..

Wednesday, July 09, 2008

Forgotten

Forgotten

Someone might felt I had forgotten this date. But, I am not. hehehehehehe

Kronologi Kecelakaan


Jumaat 27june2008
730 pagi – saya bersiap-siap untuk ke Office. Siap buang tebiat memakai baju kurung ke opis for the first time. Start enjin seperti biasa. Keluar rumah pun sperti biasa. Tiba-tiba BOOOAMMM~~ GeDegang!! Saya kemalangan! Lokasi kemalangan hanyalah dalam 200 meter dari rumah..Kejadian berlaku apabila saya berada di simpang tiga berbentuk T. Saya dari simpang tersebut yang sepatutnya berhenti untuk membelok ke kanan. Tapi entah macam mana kaki saya terpijak padel minyak pulak! Sepatutnye break!! Melompat mr Red bagai menerkam kereta yang lalu lurus pada laluan tersebut..Mmmm..oh malang tidak la berbau! Kuat jugak mr Red menghentam proton wira tersebut. Saya yang berada di dalam mr Red pun pitam seketika. Keadaan menjadi gelap! Kemudia saya dapat melihat kereta yang saya langgar tadi di kiri jalan dan kelihatan kereta lain sedang berbaris dia belakang mr Red. Mr Red telah menghalang lalu lintas kerana berada di tengah tengah jalan. Saya gagahi menolak gear ke D4, mr Red Berjaya di parking di tepi bahu kanan jalan. Keluar kereta saja, MASYAALLAH! Mr Red telah terbarai bahagian hadapannye! Bahagian-bahagian lain bersepah-sepah di tengah jalan. Dengan terhuyung-hayang, saya terus mendapatkan kereta wira tu. Pemandu dia seorang makcik yang agak dah berumur. Cikgu tadika di kawasan berhampiran. “Kenapa u bawa kereta macam ni?!” soalan pertama dia. Saya terus memohon maaf. Sebab memang terang dah nyata adalah kesalahan saya. Entah macamana la.. mmg dah tersurat nak kemalangan kot.


745 pagi – keadaan menjadi semakin sesak sebab ramai jiran-jiran datang keluar melihat. Bayangkanlah jika kemalangan berlaku dalam kawasan perumahan…mmg menjadi tumpuan. Melayu, Cina dan India semua keluar melihat keadaan. Saya memang totally tak tahu nak buat apa. Kerana ini adalah pertama kali saya mengalami kemalangan. Saya duduk di tembok parit di tepi jalan. Air mata mula mencurah-curah. Jiran-jiran semua kasihan melihat gadis comel ini menagis di tepi jalan..hahahahahahah. Rescuer datang, CIk ROS and cik EL,housemate yang kebetulan tak bekerja. Alhamdullillah, dorang ni sangat baik and concern. Saya yang menangis kesedu sedan Berjaya di tenangkan.

810 pagi- Ros bawa ke balai polis putra heights untuk nak report. Tapi tak boleh pulak, kena pergi ke Phucung. Denda RM 300 dikenakan! Padan muke saya. Setelah itu, makcik yang di langgar tadi pun ada meminta maaf dengan kekasaran bahasa dia kepada saya. Saya juga meminta maaf bagi pihak saya yang cuai!! Kesian makcik tu sakit dadanya.

1020 pagi – Masa dibalai berjumpa dengan apek lori tarik kereta yang kebetulan bengkelnya under ambank.Terus saja berurusan dengan Mr Lim ni nak tarik kereta saya ke bengkel tersebut. Kelam kabut nak sediakan document yang diperlukan untuk claim insurans. And saya juga menaiki lori penarik tu dari tempat kejadian ke hadapan rumah saya.

1100 pagi - Semua dah selesai. El pergi ke presentasi fyp-nya di lim kok weng bersama dengan cik ros. Saya pula tinggal di rumah

1115 pagi – Mula menyebarkan berita kepada family. Mula telefon emak, tak ada pulak. Sembang-sembang pula dengan Kak Yang yang risau bebeno bunyinya. Lepas tu kak idah, then kak itah. Then Suhaib├áches! Xbangun tdo lagi and tak perasaan risau pun! Chess sekali lagi! Kemudian mak call and semua 7 orang adik beradik pun telefon. Terima kasih atas concern semua orang. Saya tidur rumah kak idah malam tu sbb mak suruh kak idah temankan. Sangat penat dan sakit tengkuk yang amat sangat. Dan juga kepala yang rase macam nak pecah.


Hari ke-2 sabtu
Bagun tidur. Deman teruk! Sangat tingtingtingtongtong. Mula memberi tahu kawan-kawan tentang kemalangan. Tuang kata nak datang tgok, tapi tak datang pun! Chesss!! Hik3.. masa lunch memang dah tak larat lagi..terus g klinik! Dokter hampeh! Bagi panadol je dengan harga rm 44!
Hari ke-3 ahad
Bday shafiq. Ada jamuan di rumah abg nawir. Gagahi jua pergi, jumpa semua family! ada yang gelakkan saya! Dan ade yang kata saya lembik..hahahah

Hari ke-4,isnin
Mak datang shah alam. Saya MC mak bawak balik kampong sbb saya nak sangat balik kampong

Hari ke-5 selasa
Pergi buat passport. Dah tak demam pun. Seronok bercuti di kampong. Walaupun perut tak berapa nak bagus sbb gastric saya datang

Hari ke-6 rabu
Perut sakit, suruh kak itaH beli gelusil. Makan gelusil and my perut OK

Hari ke-7 kamis
Badan saya naik merah-merah macam demam campak.sangat takut melihat keadaan tersbut. Jumpa doctor, beliau pun xdapat nak simpulkan apaapa. Tangan kaki, perut +++ semua pun merah merah

Hari ke-8 jumaat
Keadaan Ok. Merah-merah semkin berkurangan

Hari ke-9 ahad
Balik semula ke shah alam

Hari ke10 isnin
Mula bekerja seperti biasa



Tuesday, July 08, 2008