Saturday, May 31, 2008

Mak

Malam tadi..
Mak call, saya tak angkat kerana tak perasan bunyi hp ketika saya sedang makan malam.
2 kali cubaan mak buat
Tapi saya leka makan di dapur
Setelah sedar, saya terus call mak
Tapi nada mak macam lain sangat
Macam dia sedih sangat
"Kamu dah tak nak jawab telefon dari mak dah ke?"
Ayat yang cukup membuat hatiku sebak dan tertanya-tanya.
"Tak apala, tak ada apa-apa pun" macam cakap lagi.
Kemudian, line terputus sbb coverage maxis kat kampung tak berapa nak baik.
Saya terus telefon rumah punya fix line.
Tertanya-tanya apakah salah saya sampai mak sedih sangat
Lagi pun baru je telefon mak malam kemarin.
Suara mak dah makin sedih
Saya tak tahu nak cakap macam mana
"Kalau tak ada apa-apa, tak apalah"
Mak, maafkan salah silap uwa mak. Uwa tak tahu apa salah uwa. Harap mak maafkan.. uwa sayang mak sangat. :(

OT?

OT? or TO? Tak pasal TO..Tuang Osman..
Harini kena datang kerja, tapi tak tahu nak claim ke tak OT ni..Sbb saya datang macam tak ada function aje.hahahahah

Khas untuk TO @Tuang Osman yang pepagi dah call i:
Good Luck masa jumpa bakal mak mertua. Ingat pesan kita, pakai hensem2 and kemas. Tapi jangan le kemeja belang2 masa g intibiu kat TI dulu lak ko blasah pakai. Kang kena intibiu ngang parent dia kita tak tau..hahahahhahaha.
Sesat jalan.. call gua, gua resque lu. hahahahahahhahahahah..Nanti jangan lupa kasi update cita eh.

Khas untuk suhaib:
hehehhehe saje je, takut awak merajuk nanti tak tulis pasal awak. Sila cari kerja dengan segera ye...Nak kawen cepat tak? hahahahhahahaha...lav u!

dabel tag by uswah and OPy

7 perkara tentang saya:

1.Saya anak last yang paling tak best dalam family saya.
2.Saya mempunyai gigi yang sangat berterabur dan paling banyak gigi ditampal. Kalau gelak pun boleh nampak itam-itam
3.Saya tak suka suka susahkan orang..kununla. Kalau boleh buat sendiri, pulun sendiri. Tapi akan menyusahkan orang yang betul-betul rapat dan saya senang (tak bersalah) jika susah kan dia. Hahahahahah
4.Saya susah terima pujian sebab, kadang-kadang saya tak boleh nak bezakan orang tu sedang memuji ke mengeji? Hahahhaahha. Play save, tidakkan aje apa yang di puji. (Takut perasan)
5.Saya sangat rendah! Tapi ramai kata saya comel (puji ke keji?). BMI saya normal. Ketinggian tak sampai 150cm pun, berat 42kg.(dah lama tak timbang berat)
6.Saya banyak cakap, suka gelak. Namun sedang berusaha untuk kurangkannya
7.Saya ni sensitip jugak, tapi suka simpan je dalam hati. Belakon hepi go lucky konun. Tapi,sape kenal rapat dia tahu saya macamna. Rite?

7 perkara menakutkan saya:
1. Allah S.W.T
2. Kematian. Saya, Ibu Bapa saya , adik beradik saya serta sahabat handai saya.
3. Nak update progress masa meeting. Macam nak nangis pun ada
4. Bila tak dapat nak kasi alasan kenapa project lambat siap
5. Ter-mengecilkan orang especially my mom
6. Membuat rawatan gigi
7. diberi pilihan yang dua-dua pun saya nak (Tamak)

7 lagu buat masa sekarang:
Tak dengar sangat music sekarang ni. Hanya bila dalam keta je
Sheila Majid – Aku cinta padamu
Opik

7 perkara yang selalu saya sebut:
1.Senget
2.Takda bila masanye
3.Apekehei?
4.Hak enen
5.Macam mana
6.How la
7.sayang

7 amat bernilai:
1.handfon saya
2.Nyawa saya
3.Pekerjaan saya
4.Family saya
5.My mr red
6.Kawan-kawan saya
7.Duit saya

7 pertama kali dalam hidup saya:
1.Pertama kali duduk asrama masa matrik KMNS, tak reti nak susun baju dalam almari dia. Ziela(roommate) tolong susunkan
2.Pertama kali menangis di khalayak ramai (opy, kef +++) di UKM bilik kak Farah sbb confuse nak tukar course ke Food Science or tak sbb permohonan dapat
3.Pertama kali tengok wayang masa 17 tahun bersama kawan-kawan sekolah menengah cerita mistik kot
4.Pertama kali dapat kerja pada june 2006 pada usia 22 tahun,2 minggu selepas hantar thesis.
5.Pertama kali membeli kereta sendiri dengan hasil titik peluh bekerja pada july 2006( mak sapot down payment sket)
6.Pertama kali saya senaraikan apa yang pertama kali dalam hidup saya
7.Pertama kali accept kawan baik as someone into my life on april,2007
7 orang yang bertuah kene jawab:
1. Kak idah
2.kak itah
3. KI
4. Farah

*saya tahu, semua kat atas tu tak kan buat tag ni hahahhaha

Thursday, May 29, 2008

Ekjos punya pasal

Mr Red demam kemarin sbb ekjoznya patah. Ntah le macam ne boleh patah @ tertanggei. Dah reput agaknye. Ptutla bunyi yang amat menyedihkan kedengaran setiap kali lalu di jalan yang tak rata. Jadi, saya pun bawalah ke bengkel, dah le saya tak berapa tahu bengkel di area sini. Gua blasah ajelah mana-mana kedai yang nampak macam ok...Kat kedai tu, tukang pasang dia orang myanmar ke ape ntah. Dah le macam tak cekap je. Sabo ajelah tengok cara dia bekerja. Apek-apek yang dulu kuli, dah naik pangkat jadi mandor! hahahahhaha
So, Mr Red dah sihat! Berekjoz baru yang berkilat-kilat. Dokan Mr Red sentiasa sihat ek.

Wednesday, May 28, 2008

Nescafe

Dah lama tak minum nescafe. Kat opis ni ada mesin yang jual air tu. Jadi, pagi tadi saya sangat mengantuk. So, mengambil keputusan untuk menggunakan mesin tersebut untuk kali-2nya membeli air. Sebab terlalu mengantuk saya ambil la nescafe. Huish! menyesal betul.. perut gue tak tahan dah minum air ni. Asyik p toilet je tadi. Hahahahahahah..Apa yang makan and minum keluar je.. hahahhaha.menyesal tak sudah! Padahal, masa study dulu inilah air yang diminum setiap malam kan Opy kan? Tapi still jugak mengalami sindrom yang sama.hahahhahaha.
p/s:opy minum kacip patimah le. patut la dia kuat semacam! hak3

Thursday, May 22, 2008

Perubahan

Perubahan,
Perubahan kadang-kadang ada yang bagus ada yang tak baguskan. Tapi kita harapkan perubahan yang baikla kan. Dah sebulan saya kat sini, ada pengunjung baru ke myMrBlog.Ptut la bukan main banyak visit dari petalingJaya,KL. So, sape yang terase tuh, sila tinggalkan komen eh.

Saya sangat sibok with my task “Monitoring system for all integration point from camstar”, and my process of learning on how to do the crystal report. For both task, I can say I have NULL knowledge! Penat otak jugak nak catch-up both task. My clique oni 5 months here but, she look very geng(hebat)! Semua benda dia tahu. Saya ni segan nak tanya kot. Kadang-kadang rase kesian tengok team macam sangat sibuk, saya agak free. I wish i could help them, tapi donno how. Nak tanya, takut disturbing pulak. Kang tak pasal-pasal kena sound direct je. Hik hik hik

OKlah, kat sini perubahan yang saya sangat besar adalah waktu nak pergi kerja.
Dulu, bangun 615 for subuh than tdo semula. Bangun pukul 720, mandi and siap. Pergi kerja 745. Tak payah lalu jem. Pukul 8 sure dah sampai opis.Sbb rumah saya berhadapan dengan kilang sahaja.
Sekarang, bangun 630 terus dah kena bangun and terus siap-siap pergi opis. Kalau bertolak dari rumah pukul 720 pun sampai opis dalam 740. Jalan jem tak usah cakap le, tambah-tambah depan proton ni. Maha jem pada peek hours. Dengan orang mencilok-ciloknye. Moto yang sangat banyak menyelit2, bas-bas kilang. Semua la. Lucky ada police traffic setiap pagi. Kalau dorang tak ada lagi la jam nya.hmmm

Dulu, sewa rumah dekat taman jasmin rm 300 satu rumah share 3 orang. Sorang baru dalam 100++ tambah semua bill.
Sekarang, sewa rumah 600 dekat putra heights, share 3 orang jugak. Awal bulan kena bayar deposit 2+1 = rm 1800 tapi bahagi 3. Contract setahun dengan tuan rumah. Tapi bukan saya kepalanya..kalau nak keluar kena bagi notis 2 bulan. Gaji naik pun expences mmg la banyak duduk sini. Hmmm

Dulu, saya selalu skip lunch. Konon nak diet, tapi tak kurus-kurus jugak. And masa lunch ni la saya p tdo kat surau sejam.Sebb masa office hours ada 3 kali break
Sekarang, saya mesti makan lunch. Sbb kat sini ada sekali je break dari pukul 1-145.Hmm..punya lah lapar masa nak tunggu pukul 1 ni.hmmmm

Dulu, saya hari-hari saya tgok yahoo mail saya, Friendster, blog la.
Sekarang, semua orang pun macam buat kerja. Tak kan saya nak tgok wesite2 tu? Hmmm

Hmmm, entahla. Saya yang nak perubahan ni kan. And I deserve it la kan. Btw, kepada orang seremban. SEREMBAN BEST! Wish to tinggal sana longer.hehehehehehe. Plan to apply job back to seremban if da pay is better. But Sooryy… Not ONSEMi. Please la. Sick with that name. hahahahahha

Oklah, time to ga back now. 534 dah? Isk3…

Sunday, May 18, 2008

Study vs Working

Saya dapat offer untuk sambung master di UTM skudai, MSc ( IT- Manufacturing) macam tu la kalau tak silap nama kos dia. Thanks suhaib sbb tolong isikan borang online dia. Berkat hang isi la dapat kot. hahahahahaha. Intake for this june. Full time lak tu. Thats mean tat i need to berenti keje and move to JB for 1.5 year to complete the course. Bunyinya memangla senang, tapi... rasa sayang pulak nak tinggalkan kerja ni. Lagi pun baru je start kerja ni. Full gaji pun tak merasa lagi.
Oklah, saya ringkaskan eh
1. Kalau berenti kerja, maksud tak ada gaji. Sape nak baya my expences? kereta, insurans, ptptn
2. Saya tak dapat scolarship pun.
3. After saya habis belajar master nanti, kena start all over again meminta kerja.Kena compete dengan dak2 degree lagi
4. Saya boleh buat part time master di uitm, memandangkan ia sangat dekat
5. UTM, Skudai sangat jauh! takde sedara mara disana. mau dekat 8 jam pjalanan dari my kampung
6. Otak saya masih capable ke nak catch up ke?

Entahlah, those 6 reason yang boleh saya bagi. Apa pendapat korang? patut ke tak patut saya terima? please leave comment ek. Terima kasih

Friday, May 16, 2008

Saya di tag?

Menjawab tag dari Uswah
5 presents:
1. sebuah bilik yang menepati citarasa saya dan murah!
2. sepasang jeans
3. hand bag yang cun! smaller than yang ada sekarang
4. kerja yang rilex tapi gaji lumayan
5. cuti-cuti Malaysia or negeri lain pun ok.heh
extra:terlebih suda! tak kira
6. nak hp baru!
7. ada code kat interenet yang exactly sama system yang nak dibuat
5 reasons for the above:
1. sebab sekarang saya segan tumpang rumah orang dan sangat perlukan bilik
2. jeans yang ada semua sudah faded. putih2 di bahagian lutut. perlukan banyak jeans untuk ke opis
3. ramai orang tegur my hand bag too big for my size. Tapi, kan ke senang nak sumbat benda?Telekung, ciken wing etc la.
4. risau kerja baru ni lagi worse dari dulu.
5. tahun ni tak g memana pun lagi. Sape nak ajak p, saya on aje. Tapi, den paspot pun xe.hahahah
6. hp saya sudah sangat uzur!
7. sbb tak reti buat task yang diberikan :( pening dah
5 impression to the ones that I admire:
1. cool but not cold
2. suka buat lawak, not me yg asik buat lawak.. hahahha
3. konfiden
4.
5.
Best thing he ever did for me: berkata tentang siapa ni?
5 greatest inventions:
1. komputer and teknologi
2. online payment - mudah hanya 1 click sahaja
3. kad kredit
4.
5.
5 most hated:
1. mulut orang yang berbau busuk cth: rokok! segan nak tegur padahal saya pening gile!
2. orang menipu. lepas tu terkantoi, lepas tuh ngelabah. hahahahha..lek2 gua cool aje
3. sakit pinggang sbb lama sangat dok depan pc
4. tak dapat membuat task dengan baik! :(
5.

cik Uswah: i dah jawab tag u tau
p/s: saya sedang mencari bilik di kawasan Shah Alam. dekat2 dengan kilang proton. Siapa yang tau mana2 ada kosong, contact saya eh.

Monday, May 12, 2008

Birthday

Sampai dah my birthday for this year. Tahun ni, tak macam tahun-tahun lepas. Kalau dulu, hp saya penuh dengan sms ucapan happy birthday dari kawan2, tapi tahun ni Cuma ada 5 aje. Thanks to opy yang sharp pukul12 dia sms. Ina+Lin siap call lagi. Kef, Yatee, ija,Suhaib. Orang yang saya harap akan call tepat pukul 12 pun tak call. Kesian saya sebab jangkaan salah. Tak apalah, tak semua orang ingatkan kita kan, orang lain sibuk dengan urusan mereka jugak. Bila umur makin banyak, makin banyak komitmen kita ada. Jadi tak kisah lah apa2 pun. Tahun ni pun tak sambut apa-apa, mahupun dengan sapa-sapa. Hadiah? Lagi lah jauh sekali nak dapat. Dan tak adalah mengharapkan dari sape-sape. Tapi, kalau ada yang nak bagi, dialu-alukan. hahahahaha

Oleh sbb tu, saya telah pun membeli hadiah sendiri. Sengaja, sekurangnya ada juga dapat hadiah walaupun dari diri sendiri tanda ingatan. Dan saya rasa happy. Saya beli sandal baru, dah beli b4 my birthday lagi. Dan dah rasmi pakai pun. Tapi saya still anggap tu hadiah 4 my birthday. Memula ingat nak beli hp baru, tapi macam hp lama still boleh guna walaupun dah pecah2 dan terlukai flip dia. Bulan lain punya bajet la eh. Lagipun hp bukannya penting sangat, asal boleh sms dengan call kira oklah tu kan. Macam je ada orang selalu call. Hahahahaha


Amacam, cun tak sandal baru saya, tapi tertinggal dalam keta orang! saya sangat sedih! Btw, saya punya color cokelat.

OKlah, doakan saya panjang umur dan dimurahkan rejeki. Semoga segala urusan saya dipermudah kan ALLAH.

Dan tak lupa terima kasih kepada yanie, rini, kak izan, nida, Emelia yang menghatar email wish my bday siap dengan Subject: RE: Happy birthday to MARIAM!! TuangMan dan Sasi pun ada wish jugak

Terima kasih semua

- p/s: my shout box kena block kat opis ni, incase ada apa-apa just kasi comment eh.

Sunday, May 04, 2008

Atikah's Wed

Tadi pergi ke Atikah punya majlis kawen dekat serting. Punyalah jauh serting ni. Saya betolak dari shah alam dalam pukul 1100 and sampai Senawang dalam pukul 12 la. Terus bertolak ke Serting, makan masa satu setengah jam. Tak sanga pulak N9 ni beso. Siap kena lalu bukit putus yang dah almost 5 tahun tak lalu situ. Last masa matrik KMNS dulu je.Oklah tak ada apa nak di ceritakan, sbb saya dah ngantok.

Apa-apa pun, selamat pengantin baru ATikah.Semoga kekal sepanjang hayat. Tgok la my fotopage ada gambo sikit

Thursday, May 01, 2008

Di pau anak sedara

Harini hari mengepau mak sedara oleh anak sedara agaknaya. Angah anak Yeop beriya-iya mengajak Wansu dia pergi menonton cerita Ironman. Dia kata Wancik nak bawa. Isk3, macam malas aje nak keluar pada harini sebab cutinya sehari aje, dan sure-sure ramai orang kalau nak tengok wayang. Saya as penumpang di rumah Kak Uda, mengajak la Cheeah untuk pergi. Ni sebanarnya adalah ajak-ajak ayam semata-mata, sebab dia ni susah sikit nak handle.Macam-macam yang dia nak nanti. Tapi biasalah, budak-budak bila orang kata nak ikut tak? surely dorang nak punya kan. So, dia pun informlah mama dia. And ntah macam ne mama dia kasi pulak dia p tgok wayang ni. Baru sekolah rendah, dah p tengok wayang? HaiyooOo..tak pe la.

Cerita yang dorang ni beriya sangat nak tgok adalah Ironman. Caritanya menarik! and sesuai gak la untuk kanak-kanak. Tapi, untuk lelaki lagi best kot, tak sesuai la untuk Cheeah yang terlebih girlish yang kadang-kadang wansunya sendiri meluat melihatnya. Entahla, over pampered kot budak-budak ni.

My anak sedara yang sulung ni pulak, lain cerita dia. suka main Bowling! Siap ada bola bowling sendiri lak tu. Siap bawa nak p main bowling dulu sebelum tengok wayang, Lepas tu dah tak tentu hala tak tau nak letak bola bowling tu kat mana. Jenuh jugak la dia mengangkut bola 13kg tu kehulu dan kehilir. hahahahahaha..Lawak pulak Lope ni.

Wansu belanja dorang KFC, sbb Wanchik dan belanja duit tiket wayang. Budak-budak sekarang ni makan banyak kot eh. Saya order family bucket ada 9 ketol ayam. Kanak-kanak semua makan 2 ketol ayam sehingga tulang. Wansu dan Wancik nak habiskan seketul ayam pun terkulat-kulat. Hahahahahahah. Teringat zaman dulu-dulu, saya nak dapat makan KFC pun susah. Ingat lagi kalau siapa pergi mengaji bawa plastik KFC letak Muqadam dia, kire orang kaya le. Boleh eksen la. Tisu KFC yang ada gambo orang tua tu pun simpan, sayang nak guna. Tapi sekarang ni, kehidupan makan senang kot. Nak dapat ape, dapat saja.

btw,gambo tu wansu with Lope(yang sudah mule ada misai..hahahahaha), Angah(baru nak ada jerawat) and Ceeah(rambut takleh handle) :)