Tuesday, April 08, 2008

Patut ke tak patut?

Patut ke tak patut?

Seorang pekerja yang hampir-hampir nak blah dari sebuah syarikat disuruh berhempas pulas menyiapkan projeknya yang pada fikiran pekerja tersebut sepatutnya di habiskan oleh orang yang masih bekerja di syarikat tersebut?

Patutkah seseorang pergi membasuh keretanya ketika hujan?

Patutkah seorang teman lelaki/wanita merasa kurang selesa kerana kawan teman lelaki/wanita mengupload gambar mereka berdua-duaan? Walaupun perkara telah di jelaskan oleh teman lelaki/wanita tersebut yang tiada apa-apa yang istimewa antara mereka?

Patutkah, seseorang menghubungi bekas teman lelaki/wanita untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh dirinya kerana pada masa itu teman lelaki/wanita tersebut tidak dapat dihubungi dan mereka mempunyai masalah?

Patutkah seorang teman lelaki/wanita bertanyakan pendapat kepada kenalan yang berlainan jantina dengannya tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya. Dengan tujuan untuk mendapatkan variasi dalam jawapan?

Patutkah sesorang itu pulang lewat semata-mata ingin men-update blog?

Patutkah seseorang itu sengaja tidak membalas email/call/msg sebagai tanda dia tidak setuju dengan orang cuba menghubunginya?

Patutkah, korang baca je post ni tanda menjawab semua soalan yang dikemukakan?

Patutkah korang tidak meninggalkan komen kepada post ini?

------------------------------------------------------------------------
Soalan yang penulis dapat fikirkan untuk hari ini hasil dari perbualan beliau dengan teman-teman yang suka berkongsi masalah dengan dirinya. Ia dipetik dari perbulan ketika break pagi+petang tadi.
Sape ade pendaapat tentang post ni, sila tinggalkan comment or shout kat sebelah ek.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Oldies kejap
i love this song!

Sayang sayang aduh sayang
O ditelan pahit dibuang sayang
Pabila sudah mabuk kepayang
Hatiku rasa bimbang

Oh risau aduh risau
Semakin lama semakin kacau
Jiwaku hampa tidak tenang
Aduh sayang

Bila siang terbayang-bayang
Di malam hari termimpi-mimpi
Ingin sunting gadis Pak Abas
Tapi sayang sayang orang dah kebas

Sayang sayang aduh sayang
Jikalau sudah gila bayang
Makin kulupa makin mendatang
Aduh sayang

No comments: