Tuesday, February 05, 2008

TuangMan's Farewell

Malam tadi selepas menampal gigi yang sangat menyeramkan, saya dah Ecah telah meng-pau Tuan. Hahahahahaha. Saya yang teringin makan Domino's telah pun memaksa Tuan membelanja kami di Domino's pizaa. Dah le, sesat-sesat mencari kedai tersebut. Tapi hasil pemberontakan saya yang nak jugak makan Domino's memaksa Tuan dah Ecah pusing-pusing Seremban dengan kelaparan. Plus, hasil tunjuk arah dari warga Seremban sejati, Farah telah membuat kami berjaya menjumpai Domino's! Hoooreey!! Terima kasihla kepada Tuan sbb belanja ek! Farewell pun kan, huhuhuhu

Mari bercerita sikit pasal, my ala-ala best friends la kat sini. Mamat ni suka botak. Baru tumbuh rambut 0.2 mils dia dah kasi botak balik. Katanye, awek dia suka orang botak. Hahahahaha..Sukati ko lah Tuang. Rapat dengan dia ni sbb kitaorang masuk sama-sama kilang ni, yang mana masa time tu bilangan kaum melayu hanyalah 3 orang banding dengan kaum lain yang ramai. Im the only malay gurl in the team. Dekat setahun setengah jugak kenal dia dia ni. Tuan ni senget! Kuat gelak! Suke gelakkan saya! Mangkok lu! huhuhuhu. Ramai orang kata dia no softspoken, ye keh? Jadi ramailah skandal-skandal dia kat line production tuh (alamak, terpecah rahsia!) Banyak tolong saya dia ni. Teman bawakan kereta ke kedai kereta kalau ada apa-apa. Teman saya gossip-gossip. Teman selalu dengar saya merapu-rapu. Dengar saya kutuk bossla. Teman p paso malam. Tolong ambil kat komuter kalau saya balik dari kampung. Macam-macam lagi la yang Tuang dah tolong saya. Lepas ni, tak ada lagi la orang nak tolong bayakan duit kereta! Tak ada orang yang akan call, "mariang! mung balik pukul bape?nak balik kabo ke aku" huhuhuhuhu~~ Tinggal saya sorang2 aje sekarang ni. Agak sedih jugak. Kawan dah semkin kurang. huk3 :( Ape-ape pun, wish Tuan best of luck dengan kerja barunye!! And Tuang, dokan kita dapat kerja lain yang best macam ko jugak ek.To Tuan: akhirnya tulis gak pasal ko kan. Dah bape lama dia tak sabo-sabo nak suruh saya tulis pasal dia.

No comments: