Saturday, February 23, 2008

Dalam tak sedar

Di lahirkan pada tahun 1984 di hospital besar(Lama) Teluk Intan. Masa tu umur abah 46 dan umur mak 38. Abah bekerja sebagai pemandu van penerangan. Pendapat hanyalah +- 500 sebulan atau pun kurang dari itu. Kami 8 beradik, membesar dengan hasil pendapatan abah yang kelihatan sangat kecil pada masa sekarang. Mak pulak hanyalah suri rumah sepenuh masa. Walaupun begitu, mak dan abah mampu menyediakan kehidupan yang sangat selesa pada kami. Mungkin berkat abah bekerja dengan ikhlas dan mak yang pandai merancang kewangan dan keperluan keluarga. Bayangkan, ada ketikanya semua anak mak dan abah sedang belajar. Yeob di Uitm, kak uda di USM, Abg Nawir di UK, yang lain-lain bersekolah. Mak dan abah mampu menyediakann segalanya. Kami pun tak pernah tercicir dari aspek pelajar. Entah mengapa sekarang ni ramai ibu bapa yang bising-bising tentang tak mampu membayar yuran sekolah la, walaupun yuran peperiksaan telah di mansuh kan. Mak pun kadang-kadang tertanya kenapa macam tu sekarang ni.Oklah, mula darjah 3, abah sudah besara. Pendapatan bergantung pula pendapatan pencen abah yang +-300 kot (xsure). Namun saya tidak pun merasa apa-apa impak dari situ :)

Masuk sekolah menengah, saya mendapat biasiswa dari BKP. Tak semua orang boleh memohon. Hanya pendapatan keluarga yang kurang dari 500 sebulan sahaja layak. Dari form1 mendapat RM300 setahun cuma masa di tingkatan 5 biasiswa dinaikkan kepada RM600 setahun. Walaupun begitu, wang ini tak banyak digunakan sebab wang belanja dari mak sbanyak rm1 sehari sudah mencupi untuk berbelanja dan menabung sedikit.

Masuk matrikulasi pula. saya mendapat elaun RM1000 bagi setiap semester. Selama setahun(2 sem) mendapat wang secara free. Wang tersebut digunakan sebaik mungkin untuk kehidupan pertama saya berjauhan dari keluarga. Kemudian mendapat tempat di UKM. Saya mendapat pinjaman dari PTPTN. RM21 ribu nilai pinjaman yang dibuat. Kata mak, mungkin tanpa wang tersebut tak tahulah macamana saya nak survive dengan kos kehidupan yang semakin tinggi. Tamat belajar, saya perlu membayar semula pinjaman tersebut. Memanglah perlu membayar, dah nama pun pinjam kan.
Dalam tak sedar, apabila di congak di tolak di tambah. Boleh di katakan saya membesar dengan wang kerajaan. Siapalah saya untuk menidakkannya sedangkan telah pun dapat segalanya. Thanks to kerajaan Malaysia tak kiralah dia bawah pimpinan siapa. I LOVE MALAYSIA.
Tak kesah lah, tak mungkin seluruh rakyat malaysia sependapat kan?. Tapi ini aja yang saya nak bagi tau. Saya mengharapkan yang terbaik. Tak daftar pun, jadi xleh nak komen apa..eheheheh.... Jangan jadi kacang lupakan Kulit. Peace!

No comments: