Thursday, February 28, 2008

Macam-macam ada

heh! Tadi sedang siok beremail-email an dengan kak izan+emelia+harnida. Tetiba boleh pulak saya tersilap hantar email ke emilia lain! Dah le masatu mmg sedang kutuk sifoo cakap sembor-sembor tahap superb punya! nasib baik orang tu dekat pheonix dan dia tak pandai cakap BM. kalau tak mahu den kono terminate! Nama dia just ejaan je lain, e dengan i.hahahah..mmg lawak ah! kak izan gelak besar gila! huhuhuhuhu

Esok will test my vision, pada pandangan saya mmg banyak bugs lagi. Tapi dah boss rush nak test jugak, nak buat macamana. Testkan ajelah. Tengoklah esok macamne result dia. Saya dah siap sedia untuk di bambu! Terima dengan tangan terbuka! kutuklah saya, marahla saya! do what eva yang akan puaskan hati korang.

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan

Saya mimpi sesuatu malam tadi. Tak tahu nak percaya ke tidak. Tapi hatini berat je nak percaya. Tak kisahla. Ape pun, biarlah masa depan yang tentukan segalanya kan?

Wednesday, February 27, 2008

Penatnya saya

Hari ini adalah hari yang sangat penat! meeting dari pukul 1010 sampai 1230. Lepas tuh dia suruh measure 36 unit bawah profile projecter (mcm microscope la). Kena dapat semua reading b4 jam 16! Juling mata buat measurement! Ni semua sbb QA semalam la! haiiyoOoo.. dah le masa meeting kena tegur dengan boss! Lepas pas measure tu, kena present data pulak. Tak sempat nak key in dalam excel pun, just hard copy je lah tadi.Tuh pun saya lambat 15 min ke meeting tersebut. Dari pukul 16 tuh sampai 1730! wargh! Penatnya saya! Dengan kena buat ppoint nye! mmg keje jadi kuli batak la.Penatnye saya! Tak sempat nak makan pun! Pagi tadi je makan bubur nasi dengan ikan masin until now tak makan pape. Dan berapa hari macam ni! Balik rumah baru nak makan! Mmg lapo tahap superb! tapi tak ada selera ah.. aicheh!
penatnye saya!

Tuesday, February 26, 2008

Lambat balik nampak

Tadi tetiba ada QA mengada-ngada menambah kerja saya! tak pasal-pasal saya terlibat dengan AUDIT yang tak pernah saya teringin pun nak libatkan diri. Selambe badak dia commited kat customer yang we have our inhouse intape vision that will screen out lifted lead. Mmgla ada vision ni, tapi tak stable lagi! Parameter was set at very very very looOoose spec! We still accept lifted lead with 4mils which is nak bagi korang paham 0.1mm.Kalau ikut customer spec mmgla dah kena reject!! Korang cuba tgok pembaris tu, 1 cm ada 10mm. Satu garis kecil bersamaan 1 mm kan? Cuba korang buat satu 10 garis kecik-kecik dari 1mm ke 2m. berjaya tak? huhuhuh~ tuh la spec kitorang! sangat kecik!sangat menyusah kan!sangat tak suka!

N rite now tak balik lagi. My enhancement project yang nak test on WW10 macam tak dapat nak siap sbb nak prepare for AUDIT pulak. Mmg nak kena bambOoo bambiii lah ni!

Monday, February 25, 2008

Today

830 : had meeting with tua kutuk. Everything goes find. And i mention about me, want to resign in the short timing. Hahahaha..He seems to be understand, he asked me about TI. Saje nak suruh haku blah ah tu!
935 : Morning break. Eating mee goreng panas, which only cost rm1.5 je. Air, teh O panas. As usual, tak habis pun makan.
1000: Start doing the coding. Felt blur on where should i start. Pening dong! Sbb 2 hari dah tak buka. Ahahahahah
1100 : I am stuck ! Cannot think anything! See for help! which is disaster!! hahahha..
1230 : Baru balik dari kecelakaan...need to see kecelakaan at 14 pulak!
1822: Baru habis dari kecelakaan sekali lagi from 14 tadi!

Pergh!! Mati Gue hari2 kayak gini

Sunday, February 24, 2008

Mula balik

Esok start keje balik! Lemahnye rase badan ni. Tapi masa hari jumaat malam tuh dah sembang-sembang dengan mak. Lapang sikit hatini. Tapi, esok kena hadap balik my Boss tua kutuk and my Sifoo cakap sembor! Esok pukul 830 ada meeting dengan tua kutuk! Weekend ni macam cepat sangat berlalu! I need more holidays! Project need to be test on WW10 which is next week. Macam tak dapat siapkan aja! Dah la saya ni tak bukak lansung coding within this 2 days. Balik kerja esok siap sedia ajelah nak nagis..

What a challenging life i had! Tak tahu mampu bertahan ke tak lagi!

Saturday, February 23, 2008

Dalam tak sedar

Di lahirkan pada tahun 1984 di hospital besar(Lama) Teluk Intan. Masa tu umur abah 46 dan umur mak 38. Abah bekerja sebagai pemandu van penerangan. Pendapat hanyalah +- 500 sebulan atau pun kurang dari itu. Kami 8 beradik, membesar dengan hasil pendapatan abah yang kelihatan sangat kecil pada masa sekarang. Mak pulak hanyalah suri rumah sepenuh masa. Walaupun begitu, mak dan abah mampu menyediakan kehidupan yang sangat selesa pada kami. Mungkin berkat abah bekerja dengan ikhlas dan mak yang pandai merancang kewangan dan keperluan keluarga. Bayangkan, ada ketikanya semua anak mak dan abah sedang belajar. Yeob di Uitm, kak uda di USM, Abg Nawir di UK, yang lain-lain bersekolah. Mak dan abah mampu menyediakann segalanya. Kami pun tak pernah tercicir dari aspek pelajar. Entah mengapa sekarang ni ramai ibu bapa yang bising-bising tentang tak mampu membayar yuran sekolah la, walaupun yuran peperiksaan telah di mansuh kan. Mak pun kadang-kadang tertanya kenapa macam tu sekarang ni.Oklah, mula darjah 3, abah sudah besara. Pendapatan bergantung pula pendapatan pencen abah yang +-300 kot (xsure). Namun saya tidak pun merasa apa-apa impak dari situ :)

Masuk sekolah menengah, saya mendapat biasiswa dari BKP. Tak semua orang boleh memohon. Hanya pendapatan keluarga yang kurang dari 500 sebulan sahaja layak. Dari form1 mendapat RM300 setahun cuma masa di tingkatan 5 biasiswa dinaikkan kepada RM600 setahun. Walaupun begitu, wang ini tak banyak digunakan sebab wang belanja dari mak sbanyak rm1 sehari sudah mencupi untuk berbelanja dan menabung sedikit.

Masuk matrikulasi pula. saya mendapat elaun RM1000 bagi setiap semester. Selama setahun(2 sem) mendapat wang secara free. Wang tersebut digunakan sebaik mungkin untuk kehidupan pertama saya berjauhan dari keluarga. Kemudian mendapat tempat di UKM. Saya mendapat pinjaman dari PTPTN. RM21 ribu nilai pinjaman yang dibuat. Kata mak, mungkin tanpa wang tersebut tak tahulah macamana saya nak survive dengan kos kehidupan yang semakin tinggi. Tamat belajar, saya perlu membayar semula pinjaman tersebut. Memanglah perlu membayar, dah nama pun pinjam kan.
Dalam tak sedar, apabila di congak di tolak di tambah. Boleh di katakan saya membesar dengan wang kerajaan. Siapalah saya untuk menidakkannya sedangkan telah pun dapat segalanya. Thanks to kerajaan Malaysia tak kiralah dia bawah pimpinan siapa. I LOVE MALAYSIA.
Tak kesah lah, tak mungkin seluruh rakyat malaysia sependapat kan?. Tapi ini aja yang saya nak bagi tau. Saya mengharapkan yang terbaik. Tak daftar pun, jadi xleh nak komen apa..eheheheh.... Jangan jadi kacang lupakan Kulit. Peace!

Friday, February 22, 2008

Sape Dengar?

Ada siapa dengar hati saya sedang menjerit? Everything is sOOo torturing me! I am in sOo much pain!! My brain n my heart really sick! Which doctor should i see? warrgh~~ I hate every time im facing this kind of feeling. Feel like crying, but no more tears i have for now. I have cried last night, bangun pagi mata bengkak. I hate my boss and i hate my sifoo. Both of them really makes my heart sick!! Mmm..ALLAH sedang menguji ni and HE knows the best for me.

Alone II, Tak pro ah!

Menu malam tadi, makan roti bersama telur goreng letak kicap! NYum3..shedap~~ Saya ingat saya tak cukup kenyang kalau makan roti sahaja lantas menggoreng 2 biji nugget udang. Punyalah jenuh nak habiskannye! Enjoy those pic, bosan sorang2 jadi amik gambar bebanyak. Tapi ni gambar dari my Hp,jadi tak cantik sangat. Whatever it is, those pic describe my night yang suram...hahahhahah

----------------------------------------------------------------------------------------------
I dont know how i got KANTOI with my Boss (the tua kutuk!). Entah macamne dia boleh tahu yang saya ada apply dekat company kawan dia. Ok, fine with that! tapi dia telah mengkurang ajarkan dirinya dengan ala-ala ingin meng-announce ke seluruh ONhell! Dia siap boleh hafal my resume structure! Siap perli-perli dengan resume saya!
"Ooo..suddenly using Shah Alam address oh.Your email address is mariamazwa with mariam and azwa join together at yahoo.com. Expected salary rm3k wo! And some more she put all the training, in sequences. All the project! what an organized resume! But leh, suddenly saw at the bottom my name as a referee lo.."hahahhahah he laugh!
"Mariam. u dont worry la. u wont get the position."Dia gelak dengan belagak sekali!
Saya hanya mampu tersenyum n gelak tak ikhlas. Sbb intonasi dia ala-ala joking la!BAgero la kan! Mmg sengaja nak sakitkan ati saya ke? nak malukan saya ke? Sungguh tak professional! Spatutnya, panggil ah saya untuk bagitau. Ni pulak boleh cakap kuat-kuat nak kasi orang tahu! Saya sabokan ajelah.

Thursday, February 21, 2008

Alone


Di sebabkan semua kawan sudah tiada di ONhell, saya selalu makan sendiri. Menu makan malam sepanjang minggu ini adalah roti. Kemarin saya makan roti dengan telur rebus, semalam pulak roti dengan hot dog. Nantikan menu saya esok! Harap dapatlah habiskan roti tersebut b4 duedate dia. Btw, ada cerita yang buat saya hangin terjadi harini! kalau ada masa saya cerita ek.

Tuesday, February 19, 2008

Saje nak tunjuk GengChou kunun

Saje nak tunjuk skill kunun! padahal guna Paint + Picasa je. Sape pandai photoshop ek? Kasi ajar sama saya.Sudah lama tinggalkan alam editing ni. huhuhuhu~~ Tak ada lah lawa mana pun..sbb gambo ni sendiri yang tak cun! bukan salah saya! ahahahha

Monday, February 18, 2008

PTD exam and more and more exams

Cerita kelako masa exam PTD M41. Pusat exam kat de Palma ampang. Oleh kerana saya tak mahir untuk kesana, decided to go with public trasport. All most semua jenis train saya naik! Dari batu3 naik komuter, sampai KL sentral tuka amik Putra, sampai masjid jamek. jalan kaki pulak p amik star! huisYyyhh!!! Sungguh mencabar perjalan kesana. Dah la dengan pakai baju kurungnye.Peksa start at 9am, saya lewat selama 30min! Nasib baik dibenarkan masuk. Sesi 1, 176 soalan 40minit. Saya hanya ada 10 minit je nak siapkan 176 soalan itu, dan saya berjaya!! Mmg tak baca soalan pun just tenyeh aje OMR tuh. Sesi 2, 40 soalan 30 minit. Saya dapat siapkan dalam masa 15 minit, balance lagi 15minit saya tertido sebab penat berkejaran ke sini. Lagipun soalan-soalan tu mmg tak tahu jawab. Kalau bagi 1 jam pun saya jawab macam tu juga.Sesi 3, 40 math questions 30 min kot. Tak sempat nak siapkan semua sebab tak boleh bawa calculator. Almost 10 soalan saya tembak! Sesi 4, esei bahasa melayu. Sesungguhnya memang dah lama tak tulis karangan. Hanya ada satu isi tapi berjaya diolah dengan tak berapa baik hingga menjadi 2 muka. Sesi 5, esei bahasa inggeris. Lagilah tak tahu buat! ejaan entah kemana, grammar entah kemana. Main hentam saja. Saya sengaja tulis besar-besar sebab nak bagi macam nampak panjang, berjaya juga menulis sampai 2 muka. There is lunch break between Sesi3 and Sesi4, sebab tak kenal siapa-siapa pun, i just walked ke Ampang Point. Belum masuk lagi, i dah nampak Domino's!! hahahah..selambe makan sorang diri sbb dah lapo sangat tak makan dari pagi. Order personal set, n saya berjaya habiskan! 4 piece pizza tuh saya makan! hik3..gumuk!gumuk!gumuk! lepas tuh saya boleh pulak order 1 set chicken wing. ada 8 piece! Tapi yang tu tak larat nak makan. Tapau masuk dalam my superb beso punya handbag. Dah le ade telekung kat dalam tuh. Nasib baik tak lekat bau pada telekung.ahahahahah.
Oklah, petang tuh after habis exam pukul 430, tapi saya keluar awal sebab tak sabar nak jumpa OPY!! Lama sangat dah tak jumpa minah ni! almost setahun kot. huk4. Opy belanja saya Baskin. Thanks OPy, first time i rase Baskin ni tau! u mmg suka bagi i pengalaman baru la..aUUuuu~~~ Punya sembang-sembang dengan opy ni sambil makan chicken wing yang saya tapau tadi. eheheheheh..Alamak opy! tak ada gambo la yang kita amik!! almost pukul 7 bertolak dari putra Ampang Park ke shah alam. Thanks to dahlia jugak sbb tolong hantar p Ampang Park.

----------------------------------
Pada hari jumaat sebelumnya, saya telah menghadiri exam untuk management trainee for NESTLE. Soalan sangat susah! Ada 30 soalan kefahaman in english kena jawab dalam masa 10 minit. Lepas tu pulak, ada another 30 math questions for 10 minit. Tak boleh buat wild guess, kalau salah tolak markah! mmg mencabar mindala. hahahaha. I pray I could pass this exam. Mmg my dreams to work with Nestle. Teringat masa kat UKM, pendaftar tanya nanti awak nak kerja kat mana? Dengan jayanya saya cakap. NESTLE! Korang doakan sekali ya.

-----------------------------------
Pada hari yang sama, selepas xam with nestle, pergi 1 com kecik kat cyberjaya. Tak bagitau yang ade exam! Dan saya tak bersedia langsung. Soalan dia senang sangat! tapi saya tak ingat sintax! SQL statement dia tanya. Sbb macam dah lama tinggalkan those database things, sOoo.. tak dapat jawab la.

Oklah, Doakan untuk kejayaan saya mendapat pekerjaan ya.

Thursday, February 14, 2008

Tawakkal

Emm..Usaha, doa dan tawakkal. Doa pun adalah salah satu usaha kan? Uwa! teruskan berusaha!

Tuesday, February 12, 2008

Ena's Wed + Cuti2 Malaysia

Went to Ena's Wed last Friday at Kuala Terengganu. Pasangan secocok dengan tema merah dan putih. Sorang dari Ganu and sorang dari Pahang, both pantai timur. Tak adalah nak gaduh-gaduh balik raya nanti . eheks.Punyalah jauh Terengganu ni eh, almost 8 jam dalam kereta! Lenguh pinggang! Walaupun saya hanya drive satu pertiga aja perjalanan ke sana. Duduk dalam kereta pun sudah memenatkan!hahaha. Lepas menghadiri orang kawin, kami pun berjalan-jalan di Kuala Terengganu. Best jugak Ganu ni, ada banyak pantai. Dan boleh shopping tudung dengan bestnya! Harga, tak adalah murah sangat. Tapi pilihannya cukup banyak! Terima kasih kepada Mr Su and Kayrol yang berpanasan ketika saya memilih tudung.Hahahahaha. Saya telah membeli 3 helai tudung! Khidmat TuangMan digunakan untuk jalan-jalan disana. Thanks wey!dah le belanja rombongan saya ni dua kali lak tu! aiYyyoo, macam besalah lak rase..eheks.Oklah, mari melihat gambar ek. Tapi kalau nak tgok banyak lagi visit my fotopages
gambo 1 : masjid cristal. gambo2: masjid terapung gambo.3: pantai batu buruk

Tuesday, February 05, 2008

TuangMan's Farewell

Malam tadi selepas menampal gigi yang sangat menyeramkan, saya dah Ecah telah meng-pau Tuan. Hahahahahaha. Saya yang teringin makan Domino's telah pun memaksa Tuan membelanja kami di Domino's pizaa. Dah le, sesat-sesat mencari kedai tersebut. Tapi hasil pemberontakan saya yang nak jugak makan Domino's memaksa Tuan dah Ecah pusing-pusing Seremban dengan kelaparan. Plus, hasil tunjuk arah dari warga Seremban sejati, Farah telah membuat kami berjaya menjumpai Domino's! Hoooreey!! Terima kasihla kepada Tuan sbb belanja ek! Farewell pun kan, huhuhuhu

Mari bercerita sikit pasal, my ala-ala best friends la kat sini. Mamat ni suka botak. Baru tumbuh rambut 0.2 mils dia dah kasi botak balik. Katanye, awek dia suka orang botak. Hahahahaha..Sukati ko lah Tuang. Rapat dengan dia ni sbb kitaorang masuk sama-sama kilang ni, yang mana masa time tu bilangan kaum melayu hanyalah 3 orang banding dengan kaum lain yang ramai. Im the only malay gurl in the team. Dekat setahun setengah jugak kenal dia dia ni. Tuan ni senget! Kuat gelak! Suke gelakkan saya! Mangkok lu! huhuhuhu. Ramai orang kata dia no softspoken, ye keh? Jadi ramailah skandal-skandal dia kat line production tuh (alamak, terpecah rahsia!) Banyak tolong saya dia ni. Teman bawakan kereta ke kedai kereta kalau ada apa-apa. Teman saya gossip-gossip. Teman selalu dengar saya merapu-rapu. Dengar saya kutuk bossla. Teman p paso malam. Tolong ambil kat komuter kalau saya balik dari kampung. Macam-macam lagi la yang Tuang dah tolong saya. Lepas ni, tak ada lagi la orang nak tolong bayakan duit kereta! Tak ada orang yang akan call, "mariang! mung balik pukul bape?nak balik kabo ke aku" huhuhuhuhu~~ Tinggal saya sorang2 aje sekarang ni. Agak sedih jugak. Kawan dah semkin kurang. huk3 :( Ape-ape pun, wish Tuan best of luck dengan kerja barunye!! And Tuang, dokan kita dapat kerja lain yang best macam ko jugak ek.To Tuan: akhirnya tulis gak pasal ko kan. Dah bape lama dia tak sabo-sabo nak suruh saya tulis pasal dia.

Monday, February 04, 2008

Kegagalan

Gagal lagi. Pergi walk-in pun tak lepas IQ test! Hish, my otak semakin berkarat keh? my IQ terlalu rendah ke? Aiiyoo~Sangat susah la. Ape-ape pun thanks 2 farah la sbb teman gue g walk-in kelmarin. 5 jam minah ni tunggu sambil tgok katun kat luar. Tapi belanje ko keny-roges, kire orait lah tu kan.Dan ko banyak soping-moping kire ok gak la. Btw, saya sangat suka t-shirt yang saya beli di kedai ape farah? sport ape ntah ek. Rase macam comel ketika menerainye.ahahaha.Pink carer lagi tau. Hasil skill farah + angah mencari saiz di longgokan baju itu.

Friday, February 01, 2008

Menilai usaha sendiri

Siapa kita untuk menilai usaha kita sendiri. Kadang-kadang, kita akan rasa yang kita ni sudah cukup berusaha untuk mencapai sesuatu, tapi pada pandangan ramai lansung tiada usaha. Kita sudah berpuas hati dengan hasil kerja yang dihasilkan, pasti ada bunyi-bunyi lain yang tak bersetuju. Memang teori yang amat salah jika usaha sendiri dinilai oleh diri sendiri! ALLAH maha besar lagi maha menilai, Dia mengetahui hasrat hati setiap umatnya. Mungkin usaha saya masih tidak cukup, ALLAH melihat usaha kita. Mungkinkah, hati ini terlalu jauh denganmu Ya-ALLAH, sehingga sukar untuk ku mendapat limpah rahmatmu? YA ALLAH, lekatkanlah hatiku padamu. Jangan sekali Engkau jauhkannya.Hanya padaMu aku memohon pertolongan. Permudahkan lah segala urusan untuk hambaMu ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TuangMan sudah confirm akan ke TI after CNY.Good luck for him...and wish me luck for tomorrow interview