Friday, January 25, 2008

Ntah

Saya macam tak ada idea lansung mahu tulis di blog ni harini. Tapi tangan yang tembam ni gatal jugak click create post. Nak tak nak, korang pun baca ajelah apa yang saya ingin tuliskan. Walaupun saya tahu bilangan pelawat di blog saya ni tak la ramai mana. Paling hebat, boleh dikira dengan bilangan jari ditangan aja. Esok sabtu, jadi tak perlu pergi kerja. Boleh duduk rumah; racun rumput, mop bawah, basuh toilet atas bawah, sapu bilik, basuh baju, masak lauk yang macam sedap-sedap sikit compare tu hari-hari biasa. Cewah! Macam sempat je nak buat semua tu, kalau lepas solat subuh pun tdo dan bangun ntah pukul berapa. Menu apa ek? macam teringin mahu makan sup ikan pula, tapi tak tahu ikan apa yang orang masak sup ek? Tak pun nak makan tumis udang la. Sambal belacan menu wajib. Sayur macam nak makan kubis masak lemak. huisyyhh~~ sungguh la menyelerakan. Sape nak join makan? Sila2, saya masak lebih sikit nanti. Saya tinggal sorang esok dirumah, sebab Aishah akan ke Kuala Lumpur nak cari barang-barang kawen. Eeemmm, masak best-best pun sendiri yang makan je. Eh, best keh?

Oklah, cukup dah merapu-rapu ni. Zohor dulu! Perutku lapar tetiba.. teringin abam balik nipis tu la. Ayayayai

No comments: