Thursday, January 24, 2008

Mimpi

Malam tadi saya bermimpi berjumpa ular. Kata orang tua-tua ada orang yang nak datang meminang. Ye ke? Mimpi bermula di dapur rumah kat kampung, hujan lebat yang amat sangat. Uwa, kak itah and kak yang sedang duduk bersembang di meja dapur. Uwa buka tingkap kat belakang microwave, dan terlihat ada seekor ular yang besar dan sangat cantik berjalan di jalan tar lorong. Warnanya sungguh unik. Gandingan merah kuning oren, dan berwarna floresent. Uwa terus memanggil kak itah dan kak yang untuk melihat ular tersebut. Ular tersebut seakan-akan mendengar suara uwa kecoh dari tingkap tersebut. Dengan pandangan yang tajam, ular terus meluru ke hala rumah. Uwa terkocoh menutup tingkap tersebut. Ular manjalar terus memanjat dinding rumah dan masuk melalui ruang2 udara. MasyaALLAH, memang sungguh cantik ular tersebut, badannya berbatik. Sedang kak itah dan kak yang tidak mempedulikan ular tersebut serta saya yang menjerit-jerit tak tentu hala. Saya melarikan diri ke bahagian dapur gas..ular masih mengejar.. tiba-tiba..tingtiNgtIngting! Bunyi alarm subuh. 6.05pg. Saya terjaga dan, solat subuh.

Sekian sahaja kisah mimpi saya. Apakah alamatnye? Kena tepon mak, kot2 ada orang datang minang..YYYeeePpPiiee!!!hahahahaha..Orang kata, jika ular datang membelit mmg soheh ada org datang pinang..Tapi kenapa ending saya punya mimpi macam tak ada ending?? ahahahha KECIWA! ahahahhaha

No comments: