Friday, January 04, 2008

Hasrat hati


Hati ingin bercerita,
Mulut tak mahu berkata-kata,
Fikiran entah kemana,
Tak pasti apa yang perlu diberita

Hati masih ingin bercerita,
Risau ada hati yang tercedera,
Haruskah diluah dengan kata-kata,
Adakah kata-kata mampu meluahkan segalanya?

Hati masih lagi ingin bercerita,
Masih terfikir susun katanya,
Harap difahami keluhnya,
Harap tersampai maksudnya

Hati sentiasa ingin bercerita


p/s: tetiba macam tak tahu nak tulis apa for this post. Tetiba macam tertulislah puisi?cerpen? pantun? entah, sendiri pun tak pasti.Tak kisahlah, Just let me keep dalam hati saja.

No comments: